IPOH:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan untuk menangguhkan sidang DUN negeri itu ke Rabu depan, 9 November.
Mohamad Zahir mengambil keputusan tersebut susulan usul undi percaya yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul tersebut.
Beliau berkata urusan memaklumkan keputusan usul percaya tersebut perlu dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah oleh beliau sendiri dan juga Faizal Azumu.
BACA: Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti
“Saya percaya selepas ini, kita mengambil masa sedikit kerana saya, speaker sendiri, perlu memohon izin untuk menyembah maklum kepada Sultan berkaitan keputusan DUN pada pagi yang bersejarah ini.
“Saya percaya yang amat berhormat menteri besar akan memohon izin menghadap Sultan untuk memaklumkan perkara yang sama, tertakluk kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri.
“Oleh yang demikian, saya dengan ini menangguhkan atau menyimpuhkan dewan ini hingga Rabu, 9 November, pukul 2.30 petang,” katanya pada Jumaat.
Sebelum ini, Ahmad Faizal Azumu dijadual membentangkan Belanjawan 2021 Perak pada Jumaat.
Namun, melihat kepada perkembangan susulan usul undi percaya itu, ia terpaksa ditunda ke Rabu depan.
Susulan gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul berkenaan, Ahmad Faizal menjanjikan peralihan kuasa Menteri Besar akan berjalan lancar.
Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.
Untuk rekod, bagi sesuatu usul untuk mendapat majoriti mudah, ia memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 30 ADUN.
Isabelle Leong
Fri Dec 04 2020
![Sidang DUN Perak ditangguh ke Rabu depan Sidang DUN Perak ditangguh ke Rabu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607055584_FaizalAzumu.jpg)
Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoiriti Ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul undi percaya yang berlangsung pada Jumaat. -BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720865913_HamzahZainudinnai.jpg)
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
![Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715424764_FaizalAzumu.jpg)
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682235490_TBFAIZALAZUMU.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
![Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710729100_AhmadFaizalDatukA.jpg)
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
![Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700910911_TBAHMADFAYSAL.jpg)
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
![Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678661334_AhmadFaizal.jpg)
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
![Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669044233_FaizalAzumu.jpg)
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
![Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691495305_TBFaizalAzumu.jpg)
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
![Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699353646_tbPeja.jpg)
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
!['Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja 'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691908613_AminuddinHarun.jpg)
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.