Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki memaklumkan pihaknya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah sekiranya ada laporan yang dibuat.
“SPRM akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah yang diadukan kepada suruhanjaya ini.
“Berhubung dengan apa yang dikatakan Tony Pua setakat ini, pihak SPRM belum lagi menerima sebarang laporan ataupun aduan dari pihak beliau.
BACA: 5 percanggahan utama tindakan pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB
BACA: Ahli lembaga pengarah 1MDB: Siapa mereka?
“Kita akan melihat sebarang aduan yang akan dikemukakan kepada kita dan kita boleh buat apa-apa tindakan seterusnya,” katanya kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa agar Ketua Polis Negara segera menjalankan siasatan ke atas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Azral serta lembaga pengarahnya.
Desakan itu dibuat dalam satu kenyataan susulan pembentangan laporan siasatan PAC terhadap 1MDB yang antara lain mencadangkan siasatan ke atas syarikat itu.
PAC, dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkannya di Dewan Rakyat hari ini, meminta pihak berkuasa menyiasat Shahrol Azral dan para pegawai lain yang berkenaan.
BACA: Laporan PAC - Tiada kesalahan dalam 1MDB semasa saya berkhidmat - Shahrol Azral
PAC berkata Shahrol Azral perlu bertanggungjawab bagi kelemahan dan kekangan yang wujud dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Astro Awani
Fri Apr 08 2016
SPRM belum lagi menerima sebarang laporan ataupun aduan dari pihak Tony Pua setakat ini.
Rusia tahan suspek pembunuhan ketua pasukan perlindungan nuklear di Moscow
FSB telah menyerahkan suspek kepada Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dan suspek dikatakan mengaku telah direkrut perkhidmatan khas Ukraine.
MAA Group: 56 years of innovation in Malaysia's business sector
MAA Group has stood as a beacon of innovation and resilience in Malaysia's business landscape. With a legacy spanning 56 years, the group has consistently evolved, setting benchmarks in various industries while staying true to its core values. MAA’s journey reflects a commitment to excellence, adapting to market changes, and driving sustainable growth, making it a trusted name in Malaysia's corporate ecosystem.
Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok
Mahkamah Agung AS pada Rabu memutuskan untuk mendengar rayuan TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance.
Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
PBB seru henti diskriminasi, sokong hak migran
Masyarakat antarabangsa diseru mengukuhkan nilai kemanusiaan sejagat dan berusaha menghentikan prejudis, diskriminasi, keganasan, dan penderaan terhadap migran.
Perkara itu disampaikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menerusi hantaran di X yang menyatakan kebimbangannya terhadap ancaman dihadapi golongan tersebut.
Perkara itu disampaikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menerusi hantaran di X yang menyatakan kebimbangannya terhadap ancaman dihadapi golongan tersebut.
Presiden Yoon Gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.
Pasukan penyiasat bersama yang terdiri daripada polis, Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi dan unit siasatan kementerian pertahanan telah meminta Yoon menghadirkan diri untuk disoal siasat.
Pasukan penyiasat bersama yang terdiri daripada polis, Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi dan unit siasatan kementerian pertahanan telah meminta Yoon menghadirkan diri untuk disoal siasat.
Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.
Larangan aplikasi: Mahkamah Agung A.S akan dengar rayuan TikTok
Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada Rabu memutuskan untuk mendengar rayuan TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance, bagi menghalang undang-undang yang memaksa penjualan aplikasi video pendek itu sebelum 19 Januari atau berdepan larangan atas alasan keselamatan negara.
Trump desak tolak RUU perbelanjaan
Donald Trump meminta penggubal undang-undang Amerika Syarikat menolak rang undang-undang sementara yang membiayai kerajaan sehingga Mac, sekaligus meningkatkan risiko penutupan apabila pembiayaan tamat Jumaat.
Penasihat Trump menyatakan Trump menentang RUU yang diumumkan Selasa malam, bertujuan mengekalkan tahap pembiayaan semasa dan menyediakan 100 bilion dollar untuk bantuan bencana.
Penasihat Trump menyatakan Trump menentang RUU yang diumumkan Selasa malam, bertujuan mengekalkan tahap pembiayaan semasa dan menyediakan 100 bilion dollar untuk bantuan bencana.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.