AMSTERDAM: Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda (DPA) telah mengenakan denda sebanyak EUR4.75 juta (US$5 juta) ke atas Netflix, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).

Siasatan yang dimulakan oleh pengawal selia itu pada 2019 mendapati bahawa penyedia penstriman berkenaan gagal memberikan maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Pelanggan juga tidak menerima maklumat yang mencukupi apabila mereka bertanya kepada Netflix tentang data yang dikumpulkan syarikat itu mengenai mereka.

--BERNAMA-dpa



TAG: Netflix, data, denda, privasi