KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima elaun bulanan berjumlah RM25,700 daripada Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen semasa menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Penolong Pegawai Tadbir Tinggi, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia, Rosli Mat Jinun, 49, berkata semasa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilantik sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 8 Julai 1978, beliau menerima elaun bulanan, keraian, telefon, elaun tetap pemandu kereta, elaun perjalanan, bayaran khas, elaun bahan api kenderaan dan tol.
"Tan Sri Shahrir telah dilantik sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 8 Julai 1978. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, bermula 5 Mei 2013, Tan Sri Shahrir menerima elaun-elaun tersebut berjumlah RM13,108.59.
"Namun, bermula tarikh 1 Jan 2015, pelarasan elaun Ahli Dewan Rakyat telah diselaraskan dan Tan Sri Shahrir menerima elaun-elaun tersebut berjumlah RM25,700. Setiap Ahli Parlimen yang menjadi anggota Ahli Dewan Rakyat, layak menerima elaun bulanan tetap itu," katanya.
Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian semasa membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan bekas pengerusi Felda itu yang berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Rosli yang antaranya ditugaskan untuk menguruskan pembayaran dan pemberhentian elaun ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, turut mengesahkan bahawa elaun-elaun tersebut dibayar oleh Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen ke akaun Public Bank milik Shahrir.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Shahrir (tengah) didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.
'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir
'Hari ini nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah dibersihkan, bukan atas permintaan kita tetapi pihak pendakwaan sendiri yang tidak berhasrat untuk meneruskan kes,' kata Tan Sri Shahrir Ab Samad.
Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap - Pegawai SPRM
Tommy Thomas tetap mengarahkan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.
Bicara kes Shahrir: Najib tidak bersedia, mohon beri keterangan 5 Jan
Najib, yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguamnya.
Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM
Najib tulis dan tandatangan cek AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum serah kepada Shahrir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.
RM1 juta masuk akaun bank Shahrir bersama isteri - Pengurus bank
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang RM1 juta ke dalam akaun bersama Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Ab Samad dan isterinya Puan Sri Shahrizan Abdullah melalui cek.
Shahrir Samad terima elaun bulanan Ahli Dewan Rakyat RM25,700
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima elaun bulanan berjumlah RM25,700 daripada Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen semasa menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Kes Shahrir Samad: Pendakwaan akan serah pernyataan saksi kepada pembelaan
Shahrir didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).