KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang RM1 juta ke dalam akaun bersama Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Ab Samad dan isterinya Puan Sri Shahrizan Abdullah melalui cek pada 28 Nov 2013.
Pengurus Perkhidmatan Perbankan, Public Islamic Bank Berhad, Cawangan Bukit Damansara, Mohd Farid M. Alnafiah, 40, berkata salinan cek AmIslamic Bank atas nama Shahrir berjumlah RM1 juta bertarikh 27 Nov 2013 dibuat daripada akaun AmIslamic Bank Berhad bernombor 2022011906.
"Berdasarkan penyata akaun, saya sahkan pada 25 Nov 2013 baki akaun ini (akaun bersama Shahrir dan Shahrizan) adalah sebanyak RM82,324.96 (sebelum kemasukan RM1 juta)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut saksi pendakwaan ke-20 itu, cek RM1 juta itu berjaya diproses dan 'diclearkan' berikutan tiada sebarang keraguan pada cek berkenaan.
Saksi itu berkata terdapat pengeluaran RM200,000 melalui cek bertarikh 2 Dis 2013 daripada Shahrizan menerusi akaun bersama Shahrir (Public Islamic Bank) yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad atas nama Shahrizan dan anaknya, Marisa Diyana Shahrir.
Beliau berkata berdasarkan penyata akaun bank Shahrizan dan Marisa pada 27 Nov 2013 baki akaun adalah RM2,287,589.77 dan baki penutup akaun itu pada 6 Dis 2013 adalah RM2,533,272.24.
Kepada soalan peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir, saksi berkata beliau tidak tahu sama ada RM200,000 dikeluarkan Shahrizan adalah wang bayaran balik (refund) daripada Shahrir.
Syed Faisal Al-Edros:
Encik Farid ada pengetahuan atau tidak RM200,000 itu merupakan duit 'refund' yang Tan Sri Shahrir pinjam daripada isteri (Shahrizan) untuk melakukan aktiviti politik di Johor Bahru dan kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin?
Mohd Farid: Tidak tahu.
Saksi juga mengesahkan Shahrir melakukan 20 transaksi bank berjumlah RM1,223,680 dari 4 Jun hingga 17 Okt 2013, namun beliau sekali lagi menjawab 'tidak tahu', selepas peguam mencadangkan wang itu digunakan bagi aktiviti politik dan membaik pulih Projek Puri Langkasuka.
Ditanya seorang lagi peguam mewakili Shahrir, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, pengurus bank itu berkata pihak LHDN tidak mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes berkenaan dan SPRM juga tidak merekod percakapannya, tetapi hanya memohon kemuka dokumen.
"Saya juga sahkan terdapat pindahan wang daripada akaun Public Islamic Bank milik Tan Sri Shahrir atas nama YM Auto Wheels Enterprise berjumlah RM180,000 pada 31 Mac 2014 dan saya sahkan permohonan pindahan tersebut dibuat oleh Tan Sri Shahrir berdasarkan kepada tandatangan pada slip," katanya.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Shahrir didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. - Fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.

Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.

'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir
'Hari ini nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah dibersihkan, bukan atas permintaan kita tetapi pihak pendakwaan sendiri yang tidak berhasrat untuk meneruskan kes,' kata Tan Sri Shahrir Ab Samad.

Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap - Pegawai SPRM
Tommy Thomas tetap mengarahkan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Bicara kes Shahrir: Najib tidak bersedia, mohon beri keterangan 5 Jan
Najib, yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguamnya.

Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM
Najib tulis dan tandatangan cek AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum serah kepada Shahrir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.

RM1 juta masuk akaun bank Shahrir bersama isteri - Pengurus bank
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang RM1 juta ke dalam akaun bersama Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Ab Samad dan isterinya Puan Sri Shahrizan Abdullah melalui cek.