KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa hasil siasatannya mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan sendiri cek bernilai RM1 juta kepada Tan Sri Shahrir Ab Samad pada 2013.
Penolong Penguasa SPRM, Nurzahidah Yacop, 35, berkata bekas Perdana Menteri itu juga yang menulis dan menandatangani cek AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum menyerahkan kepada Shahrir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 27 Nov 2013.
Nurzahidah berkata, sehari kemudian, terdapat transaksi wang masuk sebanyak RM1 juta ke dalam akaun Public Bank Berhad milik Shahrir dan ada beberapa transaksi pengeluaran berjumlah RM997,285 selepas itu antara 2 Dis 2013 hingga 31 Mac 2014.
"Daripada keseluruhan transaksi pengeluaran itu, sebanyak RM543,800 digunakan bagi melaksanakan Projek Pemulihan Perumahan Puri Langkasuka (Seri Anugerah) Larkin, Johor Bahru manakala RM10,000 untuk UMNO Cawangan Taman Kebuh Teh.
"Selain itu, sebanyak RM443,485 dipercayai digunakan untuk tujuan peribadi beliau (Shahrir) antaranya RM200,000 dimasukkan ke akaun simpanan tetap Public Bank milik isterinya Shahrizan Abdullah dan anaknya Marisa Diyana, sebanyak RM115,000 dimasukkan ke akaun simpanan tetap Maybank Tan Sri Shahrir dan RM118,485 ke akaun Sutera Auto Sdn Bhd (syarikat kereta)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pada 8 Ogos lepas, saksi pendakwaan ketujuh, Eksekutif Akaun Sutera Auto Sdn Bhd, Rozana Khalid memberitahu mahkamah bahawa Shahrir telah membuat pembayaran penuh bagi pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hibrid bernilai RM118,485 menggunakan sekeping cek.
Nurzahidah yang bekerja di Cawangan Sasaran Operasi (OTC) Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya berkata, hasil siasatan juga mendapati Shahrir tidak pernah membuat pengisytiharan berkenaan penerimaan dana tersebut, walaupun ia dikira sebagai pendapatan beliau (Shahrir).
Katanya, ini disahkan melalui maklumat percukaian milik Shahrir bagi 2013 hingga 2018 yang tiada sebarang pengisytiharan pendapatan melebihi RM1 juta dalam Borang BE yang menyatakan bekas Pengerusi Felda itu mengisytiharkan pendapatan pada 2013 (RM87,834), 2014 (RM128,104), 2015 (RM213,394), 2016 (RM189,545), 2017 (RM267,090) dan 2018 (RM193,191).
Mengenai taklimat operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Fasa 2, Nurzahidah berkata, beliau menghadiri taklimat itu yang dipengerusikan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Ibu Pejabat SPRM pada 23 Sept 2019 dan beliau (Nurzahidah) menerima arahan untuk menjadi pegawai penyiasat kes.
"Pada keesokannya (24 Sept) saya menerima kertas siasatan daripada pegawai rekod cawangan sasaran operasi mengenai kes tersebut.
"Berdasarkan fakta dan keterangan yang diperoleh serta dokumen yang dirampas dalam tempoh siasatan, saya telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM dengan cadangan menuduh Shahrir kerana tidak mengisytiharkan dana yang diterima sebanyak RM1 juta," katanya.
Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata Shahrir ditangkap pada 20 Jan 2020 dan didakwa dengan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada 21 Jan 2020.
Shahrir, 72, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Tan Sri Shahrir Ab Samad keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.