KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan Borang BE Taksiran yang merupakan maklumat pendapatan individu melalui penggajian yang diterima Shahrir.
"Pendapatan yang diisytiharkan Tan Sri Shahrir pada 2013 (RM87,834), 2014 (RM128,104), 2015 (RM213,394), 2016 (RM189,545), 2017 (RM267,090) dan 2018 (RM193,191). Saya sahkan Tan Sri Shahrir tidak pernah mengisytiharkan sebarang pendapatan melebihi RM1juta bagi tahun-tahun taksiran 2013 sehingga 2018," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada LHDN.
Saksi pendakwaan ke-21 itu juga mengesahkan bahawa Shahrir telah menggunakan 'username' dan 'password' miliknya dan telah melaporkan pengisytiharan cukai bagi tahun-tahun tersebut secara e-Filing di laman sesawang LHDN.
Tuan Zulkfli berkata berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan kaedah-kaedah, apa-apa perolehan atau keuntungan lain yang diterima selain daripada penggajian, mana-mana individu wajib melaporkan perolehan tersebut kepada LHDN.
Mohd 'Afif: Sekiranya seseorang itu menerima wang RM1 juta sebagai suatu sumbangan untuk dirinya atau kepada sesuatu pertubuhan dan sumbangan tersebut dimasukkan ke akaunnya peribadinya, adakah ia perlu diisytiharkan kepada LHDN?
"Dari segi penaksiran, sekiranya jumlah itu (sumbangan) diterima oleh individu, tidak kira lah untuk apa, sewajarnya ia melaporkan kepada LHDN. Individu itu perlu melaporkannya dahulu kepada LHDN sebelum pihak LHDN tentukan sama ada ia dikenakan cukai ataupun tidak," jawab saksi itu.
Semasa ditanya sama ada individu itu boleh mengambil tindakan sendiri dengan tidak mengisytiharkannya (RM1 juta) sebab menganggapnya sebagai sumbangan atau pelaburan, saksi menjawab: "Tidak boleh".
Mohd 'Afif: Berkaitan kes kita pada hari ini, sekiranya Tan Sri Shahrir menerima cek RM1 juta dan wang itu dimasukkan dalam akaun peribadinya, adakah beliau kena laporkan kepada LHDN wang tersebut pada tahun 2013?
Tuan Zulkfli: Kena laporkan pada tahun diterima iaitu 2013.
Sementara itu, ditanya peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros mewakili Shahrir sama ada saksi itu atau LHDN tidak menjalankan siasatan berhubung kemasukan RM1 juta ke akaun Shahrir, saksi itu menjawab tidak pasti kerana tiada semakan dibuat mengenainya.
Tuan Zulkfli berkata semasa perjumpaan dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pegawai tersebut hanya bertanyakan sama ada Shahrir melaporkan RM1 juta kepada LHDN tanpa membawa sebarang dokumen termasuk penyata akaun Shahrir.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
![Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658918365_Shahrir.jpg)
Shahrir didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan. - Gambar fail/BERNAMA
![Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720195269_TBwatson.jpg)
Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
![Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
![Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Bukan sahaja menjadi platform dalam membawa pengalaman baharu untuk Astro lebih dekat kepada pelanggan malah Jelajah Hello Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mampu menjadi ruang terbaik untuk komuniti sekitar bertemu artis-artis kegemaran masing-masing.
![EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720240313_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran Petropoda berbahaya di perairan Mersing
Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda Khususnya di perairan daerah Mersing.
!['Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji 'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720240200_AmyMasturatunaih.jpg)
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
![Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679224209_TanSriShahrirAbdu.jpg)
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
![Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675508440_KhaledNordin.jpg)
Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.
!['Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir 'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672897225_ShahrirSamad.jpg)
'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir
'Hari ini nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah dibersihkan, bukan atas permintaan kita tetapi pihak pendakwaan sendiri yang tidak berhasrat untuk meneruskan kes,' kata Tan Sri Shahrir Ab Samad.
![Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap - Pegawai SPRM Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap - Pegawai SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671780884_ShahrirAbSamad.jpg)
Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap - Pegawai SPRM
Tommy Thomas tetap mengarahkan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.
![Bicara kes Shahrir: Najib tidak bersedia, mohon beri keterangan 5 Jan Bicara kes Shahrir: Najib tidak bersedia, mohon beri keterangan 5 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668515243_Najib.jpg)
Bicara kes Shahrir: Najib tidak bersedia, mohon beri keterangan 5 Jan
Najib, yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguamnya.
![Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671010985_ShahrirAbSamad.jpg)
Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM
Najib tulis dan tandatangan cek AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum serah kepada Shahrir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
![Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658918365_Shahrir.jpg)
Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.
![RM1 juta masuk akaun bank Shahrir bersama isteri - Pengurus bank RM1 juta masuk akaun bank Shahrir bersama isteri - Pengurus bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662466834_TBSHAHRIR.jpg)
RM1 juta masuk akaun bank Shahrir bersama isteri - Pengurus bank
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang RM1 juta ke dalam akaun bersama Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Ab Samad dan isterinya Puan Sri Shahrizan Abdullah melalui cek.
![Shahrir Samad terima elaun bulanan Ahli Dewan Rakyat RM25,700 Shahrir Samad terima elaun bulanan Ahli Dewan Rakyat RM25,700](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658825464_BekasPengerusiFeld.jpg)
Shahrir Samad terima elaun bulanan Ahli Dewan Rakyat RM25,700
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima elaun bulanan berjumlah RM25,700 daripada Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen semasa menjadi Ahli Dewan Rakyat.
![Kes Shahrir Samad: Pendakwaan akan serah pernyataan saksi kepada pembelaan Kes Shahrir Samad: Pendakwaan akan serah pernyataan saksi kepada pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621589788_ShahrirAbSamad.jpg)
Kes Shahrir Samad: Pendakwaan akan serah pernyataan saksi kepada pembelaan
Shahrir didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).