KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini tanpa kehadiran peguamnya.
Najib, 69, yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai peguam pemerhati.
"Saya mohon keterangan saya diberikan pada 5 Jan depan dan pada masa itu peguam saya (Muhammad Shafee) ada kerana adalah penting untuk peguam saya ada bersama saya. Dia (Muhammad Shafee) berada di luar bukan di Kuala Lumpur, jadi dia tidak dapat hadir hari ini," kata Najib yang hadir memakai sut berwarna biru.
Najib berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada beliau (Najib) melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memohon pertimbangan daripada mahkamah kerana Najib tidak dapat memberikan keterangan tanpa kehadiran peguamnya.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir tidak membantah perkara itu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin kemudian memerintahkan Najib hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangannya pada 5 Jan depan.
Perbicaraan kemudian bersambung dengan saksi pendakwaan ke-22, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nurzahidah Yacop disoal balas pihak pembelaan.
Shahrir, 73, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bekas Pengerusi Felda itu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Najib berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada beliau. - Foto fail/BERNAMA

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inklusif kepada sektor gig - Amir Hamzah
SJPP dan SJKP elah memudahkan jumlah pembiayaan PKS sebanyak RM102 bilion, memberi manfaat kepada 75,000 pemilik perniagaan kecil.
Amirudin tidak bertanding Timbalan Presiden PKR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei depan dan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.

SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
SPRM menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel.

Masalah pernafasan Pope Francis semakin merosot - Vatican
Keadaan pernafasan Pope Francis dilaporkan semakin merosot selepas mengalami serangan bronkospasme.
[TERKINI] Dividen KWSP 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2024
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2024.
Kadar itu lebih tinggi berbanding 2023 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.5 peratus dan 5.4 peratus bagi simpanan shariah.
Ia membabitkan pengagihan masing-masing RM63.05 bilion untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion lagi untuk simpanan shariah.
Kadar itu lebih tinggi berbanding 2023 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.5 peratus dan 5.4 peratus bagi simpanan shariah.
Ia membabitkan pengagihan masing-masing RM63.05 bilion untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion lagi untuk simpanan shariah.
Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, melenting selepas ditempelak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Naib Presiden AS, JD Vance, ketika pertemuan di White House.
China, Rusia perlu perkukuh koordinasi global - Xi
China dan Rusia perlu terus memperkukuh koordinasi dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, menurut Presiden China, Xi Jinping.
Jinping menegaskan bahawa kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi rapat di pelbagai peringkat.
Jinping menegaskan bahawa kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi rapat di pelbagai peringkat.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.