KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi sedang mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk kalangan ahli Parlimen, pegawai-pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dapat dilaksanakan dengan segera di seluruh negara.
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sejumlah RM750 juta telah diperuntukkan di bawah IPR menerusi tiga usaha iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Malah, katanya, kementerian telah mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang membabitkan program IPR INTAN pada 30 Mac lepas.
"Bentuk kerjasama yang akan ditentukan antara lainnya adalah berkaitan ketersediaan tanah oleh pihak KKDW bagi program berkenaan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di Dewan Negara, hari ini.
Hanifah menjelaskan, program IPR itu melibatkan semua golongan miskin tegar dan B40 tanpa mengira kaum, etnik dan negeri bagi membantu meningkatkan pendapatan kalangan tersebut selain membantu mengatasi isu kos sara hidup serta memperbaiki struktur ekonomi di peringkat akar umbi.
Program tersebut menyasarkan peserta untuk meraih pendapatan antara RM2,000 dan RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan selama 24 bulan dan seterusnya menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperoleh.
Beliau berkata, ketua isi rumah bagi golongan B40 khususnya miskin tegar perlu memohon melalui laman sesawang IPR dan boleh memilih menyertai inisiatif diminati bagi program IPR tersebut.
"Peserta akan dipadankan dengan inisiatif yang diminati, lokaliti dan ketersediaan inisiatif tersebut di lokaliti berkenaan," katanya.
Menurut Hanifah, pelaksanaan IPR turut melibatkan kerjasama kementerian dan rakan-rakan strategik daripada sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi pengajian tinggi melalui pendekatan penglibatan negara secara menyeluruh bagi menangani kemiskinan dan ketidaksamaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Kementerian Ekonomi telah mengadakan sesi libat urus dengan KKDW yang membabitkan program IPR INTAN pada 30 Mac lepas. -Gambar FB Hanifah Hajar Taib
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Korea Utara, Rusia meterai perjanjian pertahanan
Korea Utara telah meratifikasi perjanjian pertahanan bersama Rusia yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin negara, Jun lalu, di mana menerusi perjanjian itu, setiap pihak perlu saling membantu sekiranya berlaku serangan bersenjata.
Trump pilih Konservatif Pro-Israel sebagai Duta
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan pelantikan bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee, sebagai duta Amerika Syarikat ke Israel.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Trump memilih Huckabee, seorang konservatif pro-Israel yang berpendirian tegas memberi petunjuk terhadap arah dasar Amerika Syarat dalam konflik di Asia Barat.
Israel-Hezbollah berbalas serangan
Tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke kawasan pinggir bandar selatan Beirut pada Selasa, menyasarkan kawasan yang dikawal oleh Hezbollah.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Serangan ini adalah yang paling berat sejak Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku sehingga matlamat Israel tercapai.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Israel mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa kerajaan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei lebih takutkan rakyatnya sendiri berbanding ancaman dari Israel.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia tahun ini 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran 2.32.
Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza
Pegawai Israel mendakwa, terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dan ia berkaitan dengan isu keselamatan.
Selepas taufan Toraji, Filipina diancam ribut tropika Usagi
Filipina mengeluarkan amaran cuaca baharu ketika ribut besar kelima dalam tiga minggu menghampiri kepulauan itu, hanya beberapa hari selepas ribuan penduduk dipindahkan kerana Taufan Toraji.
AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Washington memberi jaminan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden tidak akan menamatkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menangani pemanasan global.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.
Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta
Pengaktifan laluan Smart Lane di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor.