KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Sani Abdul Alim Araby menyifatkan serangan rejim zionis di Gaza kali ini sebagai yang paling ganas pernah disaksikannya.
Ahmad Sani berkata ini kerana terlalu banyak kematian dan kerosakan berlaku sehingga keadaan di Gaza boleh diibaratkan sebagai 'kiamat kecil' akibat serangan rejim Israel yang langsung tidak menghiraukan resolusi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Mereka tidak hiraukan resolusi dibuat dan paling kita geram apabila sekolah mempunyai lambang PBB juga dibom. Hospital dibina oleh beberapa negara seperti Qatar dan Indonesia turut dibom, dan kita lihat seolah-olah sudah terputus kaedah untuk berbuat sesuatu," katanya kepada Bernama di Wisma MAPIM, di sini hari ini.
Menurutnya, sepanjang 35 hari serangan Israel itu, hampir 11,000 nyawa sudah terkorban dengan kira-kira 4,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Ahmad Sani bagaimanapun berkata situasi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Palestin melalui MAPIM.
Katanya, selama ini, MAPIM telah membina sebanyak sembilan buah masjid selain membekalkan 10 buah ambulans di Gaza namun daripada sembilan masjid itu dua daripadanya sudah musnah manakala tiga buah ambulans tidak dapat dikesan akibat serangan Israel itu.
Justeru, katanya, MAPIM akan menganjurkan program Himpunan Artis dan Seniman Malaysia Membela Palestin (HASPA), pada 2 Dis ini yang dijangka berlangsung di Shah Alam, Selangor.
"Himpunan ini bagi mendesak hentikan perang serta merta terhadap Palestin dan kami ajak artis dan seniman yang mempunyai banyak pengikut.
"Hal ini kerana kita perlukan rangkaian ini (artis) dengan keikhlasan hati menjadi 'magnet menyampaikan mesej yang boleh disampaikan kepada pengikut masing-masing," katanya.
Menurut Ahmad Sani, MAPIM juga sedang memohon kerjasama dengan pihak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi penganjur bersama program itu agar HASPA mendapat sambutan yang lebih meriah lagi.
Sempena program himpunan bersama artis dan seniman itu juga, MAPIM akan melancarkan Tabung Kecemasan Palestin bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Ahmad Sani berkata, terlalu banyak kematian dan kerosakan berlaku sehingga keadaan di Gaza boleh diibaratkan sebagai 'kiamat kecil' akibat serangan rejim Israel. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.