KUALA LUMPUR: Semakan skim gaji penjawat awam perlu dilakukan secara bersama dengan semakan terhadap mekanisme penilaian prestasi.
Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr. Musa Ali berkata ini bagi memastikan sebarang kenaikan gaji disusuli dengan mutu perkhidmatan yang lebih baik untuk manfaat rakyat.
“Oleh itu, saya berpendapat perlu ada satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada pelbagai pakar untuk melihat, bukan sahaja gaji sebagai perkara yang perlu dikaji dalam skim baharu ini, bahkan juga elemen lain seperti penilaian dan mekanisme pemantauan prestasi.
Ini merupakan perkara yang sangat penting dalam perkhidmatan awam untuk memastikan gaji yang dibayar kepada kakitangan awam itu diberi balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan yang tinggi sesuai dengan jangkaan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI mengupas topik ‘Semak skim gaji penjawat awam, wajar?’.
Musa menambah, semakan skim gaji penjawat awam bukan semata-mata menyentuh mengenai kadar kenaikan. Ia sebenarnya adalah usaha untuk menyelesaikan isu ekonomi rakyat yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
“Saya berpendapat ada dua isu disini. Pertama, kita ingin pastikan jurang pendapatan antara kumpulan-kumpulan tertentu dalam perkhidmatan awam ini dapat dikurangkan.
Buat masa sekarang kita lihat jurang itu sangat tinggi terutama antara kumpulan pelaksana dengan kumpulan tertinggi.
Kedua, apabila skim gaji ini hendak dikaji semula, skim-skim berkaitan syarat pelantikan atau bidang tugasan perlu disesuaikan dengan gaji dan imbuhan,” katanya.
Dalam pada itu, Musa turut mengingatkan bahawa meskipun terdapat kajian yang membuktikan kaitan positif antara kenaikan gaji dengan produktiviti dan motivasi, namun persoalan yang perlu diwaspadai adalah kaedah untuk memastikan motivasi dan produktiviti itu berkekalan selepas kenaikan diberikan.
Irfan Faruqi
Wed Jul 12 2023
Musa berkata semakan skim gaji diharap dapat merapatkan jurang pendapatan antara pelbagai kumpulan dalam perkhidmatan awam. - foto fail/Astro AWANI
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.