KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia membenih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah.
Menerusi perutusan Hari Krismas 2022 di yang dikongsi di platform media sosial beliau hari ini, Perdana Menteri turut menyeru rakyat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
“Hari Krismas adalah hari besar buat penganut Kristian dan sebagai sebuah negara yang berbilang kaum juga rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajiban untuk mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim dengan mengucapkan kata-kata yang indah buat mereka.
“Membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah, tetapi setiap rakyat mesti memainkan peranan yang ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap sambutan Krismas tahun ini lebih meriah serta dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara Malaysia.
Sementara itu, Anwar turut berpesan agar rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dan berhati-hati di jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
“Kepada yang pulang ke kampung halaman, saya seru untuk waspada dan berhati-hati di jalanraya. Selamat Menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian,” akhiri beliau.
Faida Rahim
Sat Dec 24 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap, sambutan Krismas tahun ini lebih meriah serta dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara Malaysia. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 mendedahkan usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar perlahan.
Siapa bakal duduki White House, Harris atau Trump?
Pengudian mula dibuka bagi membolehkan 240 juta warga Amerika memilih Presiden baharu mereka di antara Kamala Harris dari Demokrat atau Donald Trump, calon Republikan bagi penggal empat tahun sehingga 2028.
Parlimen: Isu kos sara hidup, konflik harimau antara tumpuan hari ini
Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Harris, Trump terikat dalam undian di Dixville Notch
Calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump terikat dalam undian di Dixville Notch, sebuah pekan kecil di New Hampshire, negeri yang mempunyai 1.4 juta penduduk.
Deejay putar lagu ajak orang ramai mengundi di North Carolina
Seorang Deejay memutarkan lagu di pusat mengundi di North Carolina dalam usaha mengajak orang ramai mengundi yang mana ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang digelar DJs at the Polls.
Sukarelawan pilihan raya beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
Penduduk berketurunan Asia di New York keluar mengundi
Penduduk di New York keluar mengundi pada selasa waktu tempatan bagi memilih calon yang layak menerajui Amerika Syarikat.
Antara yang menjadi sorotan ialah keragaman pengundi bukan berkulit putih di New York yang mahukan kedua-dua calon mengangkat aspirasi berbeza bagi negara Uncle Sam itu.
Antara yang menjadi sorotan ialah keragaman pengundi bukan berkulit putih di New York yang mahukan kedua-dua calon mengangkat aspirasi berbeza bagi negara Uncle Sam itu.
"Saya rasa amat yakin" selepas mengundi di Florida - Trump
Calon presiden Republikan dan bekas Presiden Donald Trump telah mengundi pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) di negeri Florida pada Selasa.
Memakai topi merah dengan slogan "Make America Great Again", Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
Memakai topi merah dengan slogan "Make America Great Again", Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.
Kerajaan sentiasa pantau keselamatan pasukan MALBATT di Lubnan - PM Anwar
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob sentiasa memaklumkan setiap perkembangan pasukan pengaman tersebut.
Anwar jamin terus bantu keluarga Paramesvaree
Perdana Menteri akan terus membantu keluarga Paramesvaree dari Klang, Selangor yang berdepan kesusahan hidup selain diuji masalah kesihatan.
‘Saya paling tak toleransi orang tanam kebencian kaum’ - PM
Saya paling tak toleransi dengan orang tanam kebencian kaum - PM
Kes buli UPNM: 'Itu urusan polis…' - PM
Kerajaan menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes seorang pegawai kadet UPNM yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh penuntut senior.
Kes babit UPNM: Kerajaan tak tolak ansur budaya samseng, buli - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan budaya samseng dan buli yang berlaku dalam semua peringkat sistem pendidikan negara.
Anwar ajak semua rakyat Malaysia raikan Deepavali dengan meriah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan kegembiraan di seluruh negara.
Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Belanjawan 2025: Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.