KOTA BELUD: Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among, mungkin berdepan tambahan dua lagi pertuduhan baharu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, dua lagi kertas siasatan polis terhadapnya adalah membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan No 2) 2021.
“Siasatan selesai dan kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Kemungkinan pendakwaan dilakukan atau tidak, itu terpulang kepada mereka (pejabat Peguam Negara),” katanya ketika ditemui, pada Jumaat.
BACA: Bekas pemimpin STAR mengaku tidak bersalah cabul peserta Unduk Ngadau
BACA: Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari
Semalam, Phillip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas lima pertuduhan termasuk mencabul dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan pada April dan bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 52 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Dia berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan selepas didakwa mencabul dua wanita berasingan termasuk seorang ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau.
Junaidi Ladjana
Fri Jun 11 2021

Hazani berkata, kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Samakan Ratu Kaamatan dengan 'persembahan lembu eksotik', peguam minta maaf
Marcel Jude Joseph memohon maaf kerana menyamakan pertandingan Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dengan persembahan lembu eksotik dan acara lelong.

Selepas didakwa atas lima pertuduhan cabul, Phillip Among berdepan dua lagi pertuduhan
Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among, mungkin berdepan tambahan dua lagi pertuduhan baharu.