SHAH ALAM: Penyahwartaan kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah tetap diteruskan kerajaan negeri bagi mengelak risiko dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat yang mempunyai kepentingan di tanah tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri hanya meneruskan siar warta bagi penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah pada 5 Mei lepas bagi melengkapkan proses penyahwartaan yang terhenti sekitar 2006.
"Kalau tidak meneruskan siar warta itu, kerajaan negeri akan berdepan saman sebab syarikat berkenaan akan kehilangan peluang perniagaan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (kerajaan sebelum ini)," katanya kepada media selepas hadir di program Sinergi Pendidikan Yayasan Selangor 2022 di sini pada Isnin.
Namun, katanya anak syarikat negeri yang mempunyai kepentingan di hutan tersebut akan diminta untuk tidak meneruskan projek pembangunan mereka kecuali yang membabitkan kepentingan awam seperti pembinaan jalan dan tanah kubur.
"Tapi kalau ia membabit syarikat swasta, apa upaya kita sebab ia adalah keputusan kerajaan sebelum ini. Kita tidak ada ruang kecuali bersedia untuk membayar ganti rugi," katanya.
Amirudin berkata demikian susulan sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan Hutan Simpan Bukit Cherakah telah 22 kali dinyahwarta sejak 1924.
Berkenaan cadangan jajaran baharu projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang didakwa akan dibina di 90 buah rumah Taman Kencana, Ampang tanpa pengetahuan kerajaan negeri, Amirudin berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi.
"Perkara tersebut perlu dimeterai dengan kerajaan negeri kerana perlu dipastikan jajarannya terlebih dahulu oleh kerajaan negeri memandangkan ia melibatkan pengambilan tanah.
"Saya pasti perkara itu akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi untuk kita melihat jajaran dan kesannya dan masalahnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022

Amirudin berkata kerajaan negeri hanya meneruskan siar warta bagi penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah pada 5 Mei lepas bagi melengkapkan proses penyahwartaan yang terhenti sekitar 2006. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mahkamah benar pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah digantung sementara
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan dua NGO alam sekitar untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Projek pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah, SACF luar kawasan HSK - Exco
Dalam aspek penggantian HSK, hanya kerajaan negeri Selangor pada masa kini yang mengamalkan proses penggantian secara serentak bagi mana-mana kawasan HSK yang ingin dinyahwarta.