SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memaklumkan projek pembangunan berhampiran Hutan Simpan Bukit Cherakah dan Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang ditularkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam baru-baru berlaku ini, berlaku di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata, kawasan projek pembangunan jalan raya dan perumahan yang ditularkan juga merupakan sebahagian daripada kawasan yang terlibat dengan penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah oleh kerajaan negeri terdahulu.
"Ia telah dinyahwartakan bagi tujuan pemberimilikan oleh kerajaan negeri pada tahun 2006 melalui PW1443. Justeru, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada masa kini tidak lagi mempunyai bidang kuasa yang khusus dalam aspek pengurusan dan pembangunan di kawasan itu kerana ia bukan berstatus tanah HSK," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pada tahun 2007, sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah yang telah dinyahwartakan, telah diwartakan semula sebagai Hutan Simpan Bukit Cherakah tambahan dengan keluasan lebih kurang 982.80 hektar.
"Kawasan hutan simpan ini juga dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) yang merupakan antara taman rekreasi awam utama di sekitar Shah Alam, daerah Petaling," katanya.
Hee berkata, dalam aspek penggantian HSK, hanya kerajaan negeri Selangor pada masa kini sahaja yang mengamalkan proses penggantian secara serentak bagi mana-mana kawasan HSK yang ingin dinyahwarta.
"Ini adalah selaras dengan pindaan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2011 iaitu berkaitan keperluan penyiasatan awam bagi cadangan penyahwartaan HSK.
Bagaimanapun penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah ini telah berlaku sebelum pindaan Enakmen APN 1985 iaitu pada tahun 2006.
"Justeru penggantian kawasan HSK secara serentak didapati tidak diamalkan oleh Kerajaan Negeri pada masa berkenaan," katanya.
Jelas Hee kerajaan negeri akan memastikan segala aktiviti pembangunan di sekitar kawasan itu mematuhi prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini.
"Antaranya adalah seperti keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di bawah Perintah Alam Sekeliling 2015 dan Kelulusan Merancang (KM) di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
"Selain itu langkah-langkah kawalan pembangunan yang lain seperti pengekalan kawasan hijau dan penyediaan laluan hidupan liar akan turut diambil kira. Keperluan ini adalah bagi menjamin kelestarian alam sekitar terus dipelihara di samping pembangunan sosio ekonomi di negeri Selangor dapat diuruskan secara lebih strategik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021

Hee Loy Sian berkata, kawasan projek pembangunan jalan raya dan perumahan yang ditularkan juga merupakan sebahagian daripada kawasan yang terlibat dengan penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah oleh kerajaan negeri terdahulu. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mahkamah benar pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah digantung sementara
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan dua NGO alam sekitar untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Projek pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah, SACF luar kawasan HSK - Exco
Dalam aspek penggantian HSK, hanya kerajaan negeri Selangor pada masa kini yang mengamalkan proses penggantian secara serentak bagi mana-mana kawasan HSK yang ingin dinyahwarta.