SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan dua badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah.
Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), berkata Hakim Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
"Mahkamah juga menetapkan 28 Sept ini untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh dua pertubuhan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Minggu lepas, Peka dan SACF memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling pada 20 Nov 2000 untuk menyahwartakan hutan simpan itu.
Mereka menamakan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden.
Kedua-dua NGO berhasrat mencabar keputusan responden atas alasan adalah tidak rasional untuk kesemua pihak terbabit membenarkan pembangunan di atas tanah seluas 406.22 hektar itu melalui pelaksanaan keputusan yang telah dibuat 22 tahun lepas selain menyifatkannya sebagai 'lapuk.'
Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

Mahkamah juga menetapkan 28 Sept ini untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh dua pertubuhan itu. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Mahkamah benar pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah digantung sementara
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan dua NGO alam sekitar untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Projek pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah, SACF luar kawasan HSK - Exco
Dalam aspek penggantian HSK, hanya kerajaan negeri Selangor pada masa kini yang mengamalkan proses penggantian secara serentak bagi mana-mana kawasan HSK yang ingin dinyahwarta.