TIADA sebarang layanan istimewa akan diperoleh artis terkenal yang juga pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani selama ditahan di penjara Cipinang, Jakarta Timur.
Bagaimanapun, sel yang akan dihuni penyanyi itu akan dipisahkan dari sel-sel yang menempatkan banduan perokok memandangkan Ahmad Dhani tidak boleh menghidup asap rokok.
Jaminan itu diberikan Ketua Penjara Cipinang, Oga Darmawan seperti dilaporkan portal berita Kompas pada Selasa.
Menurut beliau, permintaan agar Ahmad Dhani, 47, dipisahkan daripada banduan perokok dikemukakan keluarganya selain disokong oleh laporan perubatan.
"Beliau disahkan mengidap penyakit (anti asap rokok), jadi kami jauhkan (Ahmad Dhani) daripada perokok," kata Oga.
Mengenai layanan yang akan diperoleh pula, Oga berkata, Penjara Cipinang tidak berupaya memberikan perhatian istimewa buat Ahmad Dhani kerana pusat tahanan berkenaan mempunyai kapasiti yang amat padat.
"Kapasiti kami ialah 1,000 tahanan tapi sekarang terdapat 4,3000 tahanan, lalu keistimewaan bagaimana (yang boleh diberi pada Ahmad Dhani)?" katanya lagi.
Sementara itu, Oga berkata, ketua kumpulan serta pemain gitar utama Dewa 19 itu yang kini ditempatkan di bahagian orientasi berada dalam keadaan sangat baik.
Penghibur yang juga aktif dalam parti politik Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) itu dijangka ditempatkan di bahagian berkenaan bagi membolehkannya menyesuaikan diri dengan keadaan semasa antara tiga hari hingga seminggu.
"Dalam tempoh tiga hari kami akan selia dan kenal pasti siapa yang boleh menjadi teman beliau. Sesudah itu mereka akan ditempatkan bersama," sambung Oga lagi.
BACA: Ahmad Dhani dihukum penjara 18 bulan, konsert Dewa 19 diteruskan
BACA: 'Tiada lagi lagu dan album baharu Dewa 19 selepas ini' - Ahmad Dhani
Pada Isnin, Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani ekoran tiga entri beliau di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.
Serentak itu, Majlis Hakim memerintahkan Ahmad Dhani ditahan.
Berdasarkan rancangan, Ahmad Dhani dan anggota Dewa 19 akan mengadakan Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 Februari ini.
Sekalipun Ahmad Dhani tidak muncul, konsert berkenaan akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.
Agensi
Tue Jan 29 2019
![Sel Ahmad Dhani dipisah dari banduan perokok Sel Ahmad Dhani dipisah dari banduan perokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51548759986_AhmadDhani.jpg)
PIHAK penjara Cipinang, Jakarta Timur memberi jaminan tiada layanan istimewa diberi kepada Ahmad Dhani. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710065359_tbKonserttrio.jpg)
Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani
Hubungan Dhani dan Once pernah renggang selepas dia dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.
![PM Anwar terima kunjungan Ahmad Dhani PM Anwar terima kunjungan Ahmad Dhani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696048356_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar terima kunjungan Ahmad Dhani
Perdana Menteri menitipkan harapan semoga industri muzik Malaysia dan Indonesia akan terus subur.
!['Ia budaya baharu di negara saya' - Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia 'Ia budaya baharu di negara saya' - Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695962093_kumpulanDewa.jpg)
'Ia budaya baharu di negara saya' - Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia
Menurut Dhani, antara faktor yang mendorong kejayaan tersebut adalah kerana kumpulan orkestra Malaysia mempunyai gabungan dan kepakaran daripada pemuzik antarabangsa.
![PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695936199_AnwarAhmadDhani.jpg)
PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.
!['Wow aneh, sudah lama tidak dilarang' - Once komen larangan nyanyi lagu Dewa 19 'Wow aneh, sudah lama tidak dilarang' - Once komen larangan nyanyi lagu Dewa 19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680938202_TBDewa.jpg)
'Wow aneh, sudah lama tidak dilarang' - Once komen larangan nyanyi lagu Dewa 19
Ahmad Dhani melarang Once mendendangkan lagu-lagu Dewa 19 memandangkan kumpulan tersebut akan mengadakan beberapa buah konsert besar dalam masa terdekat.
![Dewa 19 - sebuah 'ulang tahun' pembebasan rindu Dewa 19 - sebuah 'ulang tahun' pembebasan rindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663217730_Dewa.jpg)
Dewa 19 - sebuah 'ulang tahun' pembebasan rindu
Dua malam yang indah, Baladewa, baladewi larut dalam 'kuasa' Dewa-19.
![Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662792606_dewa.jpg)
Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19
Seramai 9,000 peminat dihiburkan dengan persembahan lebih 30 buah lagu daripada Dewa 19.
![Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi, tiket boleh dibeli bermula petang ini Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi, tiket boleh dibeli bermula petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658195277_DEWAKonsert.jpg)
Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi, tiket boleh dibeli bermula petang ini
Tiket boleh mula dibeli mulai jam 3 petang Selasa bagi konsert tambahan pada 9 September 2022 (Jumaat).
![Tiket konsert Dewa 19 'Pupus' dalam masa sejam Tiket konsert Dewa 19 'Pupus' dalam masa sejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658069764_TBDEWAKONSERT.jpg)
Tiket konsert Dewa 19 'Pupus' dalam masa sejam
Selain kehadiran Ahmad Dhani yang terlepas aksi di Stadium Melawati pada 2019, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha hinggalah penyanyi terbaru Ello.
!['Penjara hadiah terbesar Allah buat saya' - Ahmad Dhani 'Penjara hadiah terbesar Allah buat saya' - Ahmad Dhani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654134290_AhmadDhani.jpg)
'Penjara hadiah terbesar Allah buat saya' - Ahmad Dhani
Ahmad Dhani pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter.