PESOHOR muzik Indonesia, Ahmad Dhani menyifatkan pengalaman hidup di penjara sebagai 'hadiah' termahal yang pernah diberikan Allah SWT kepadanya.
Dhani, 50, pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 dan dibebaskan pada Disember 2019.
Sewaktu ditemui media Malaysia buat pertama kali selepas pembebasannya dan pandemik COVID-19 melanda dunia, pengasas band Dewa 19 ini berkongsi kisah kehidupannya sewaktu di penjara dan kini yang kembali aktif dalam belantika muzik.
Sambil berfalsafah, suami Mulan Jameela itu mengatakan tidak pernah menyesal atau malu apabila ditahan di penjara, sementelah sebab penangkapannya bukan kerana jenayah.
Justeru, tidak melihat ia sebagai bentuk hukuman kehidupan atau ujian, Dhani menyifatkan ia sebagai hadiah terbesar Allah buatnya.
“Saya tidak kata (dipenjara) sebagai hukuman atau ujian ya. Tapi saya lihat ini adalah hadiah terbesar Allah buat saya kerana saya yakin Dia sangat mengenali diri saya,” katanya.
Tambah Dhani: “Saya juga tidak boleh menceritakan bagaimana pengalaman dan perasaan duduk di penjara kerana hanya yang pernah masuk ke sana sahaja faham bagaimana rasanya.”
Bagi Dhani, setiap yang berlaku diambil dengan lapang dada dan dia bahagia kerana sudah berada di titik kehidupan sekarang. Apa lagi dia baru menyambut ulang tahun ke 50 pada 26 Mei lalu.
“Kalau menurut saya, hidup saya sudah lengkap ya. Masuk usia 50 tahun, kalau boleh biar dapat hidup 50 tahun lagi ya,” katanya berseloroh.
Pelantun lagu "Hadapi Dengan Senyuman" itu hadir ke ibu kota kerana memenuhi undangan persembahan di Garden of Eid Festival yang berlangsung hujung minggu lalu.
Dhani mengaku teruja kerana diberi kesempatan melakukan persembahan tanpa diiringi instrumen seperti gitar dan dram sehingga memberi inspirasi buatnya untuk menghasilkan karya tanpa ‘bantuan bunyian muzik’ pada masa akan datang.
“Walaupun sempat bingung, persembahan di Garden of Eid ini memberi inspirasi buat saya menghasilkan karya tanpa instrumen seperti gitar,” akuinya yang menyampaikan beberapa lagu termasuk "Kuldesak" dan "Satu".
Sementara itu, dalam pertemuan sama Dhani turut mengumumkan peminat atau Baladewa akan dapat menyaksikan persembahan mereka di Malaysia menerusi Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 atau Konsert Ulang Tahun ke30 Dewa 19 yang dijadual September depan.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Thu Jun 02 2022

Ahmad Dhani menyifatkan pengalaman hidup di penjara sebagai sebuah termahal yang pernah diberikan Allah SWT kepadanya. -Gempak

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani
Hubungan Dhani dan Once pernah renggang selepas dia dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.

PM Anwar terima kunjungan Ahmad Dhani
Perdana Menteri menitipkan harapan semoga industri muzik Malaysia dan Indonesia akan terus subur.

'Ia budaya baharu di negara saya' - Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia
Menurut Dhani, antara faktor yang mendorong kejayaan tersebut adalah kerana kumpulan orkestra Malaysia mempunyai gabungan dan kepakaran daripada pemuzik antarabangsa.

PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.

'Wow aneh, sudah lama tidak dilarang' - Once komen larangan nyanyi lagu Dewa 19
Ahmad Dhani melarang Once mendendangkan lagu-lagu Dewa 19 memandangkan kumpulan tersebut akan mengadakan beberapa buah konsert besar dalam masa terdekat.

Dewa 19 - sebuah 'ulang tahun' pembebasan rindu
Dua malam yang indah, Baladewa, baladewi larut dalam 'kuasa' Dewa-19.

Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19
Seramai 9,000 peminat dihiburkan dengan persembahan lebih 30 buah lagu daripada Dewa 19.

Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi, tiket boleh dibeli bermula petang ini
Tiket boleh mula dibeli mulai jam 3 petang Selasa bagi konsert tambahan pada 9 September 2022 (Jumaat).

Tiket konsert Dewa 19 'Pupus' dalam masa sejam
Selain kehadiran Ahmad Dhani yang terlepas aksi di Stadium Melawati pada 2019, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha hinggalah penyanyi terbaru Ello.

'Penjara hadiah terbesar Allah buat saya' - Ahmad Dhani
Ahmad Dhani pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter.