PENYANYI Once Mekel mengakui hubungannya dengan pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani berada dalam keadaan baik.
Hubungan Dhani dan Once pernah renggang selepas dia dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.
Hal itu terkait dengan soal royalti terhadap karya yang dinyanyikan pada sesebuah konsert.
“Sejujurnya sudah lama tidak jumpa tapi hubungan kami baik,” jawab Once sewaktu ditemui media di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Once hadir ke ibu kota sempena mempromosikan konsert sulung yang menampilkan dirinya bersama Marcell dan Bams Samsons yang diberi nama Trio Terhebat Vol. 1 pada 4 Mei 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Bercakap mengenai rendisi lagu yang akan dibawakan pada konsert tersebut, Once memberitahu akan membawa hit daripada album solo miliknya.
Dia tidak berniat untuk membawakan lagu-lagu hit yang pernah membuat dirinya masyhur bersama Dewa 19.
“Saya tidak akan membawakan lagu Dewa 19 pada Trio Terhebat Vol. 1. Keputusan ini adalah keputusan peribadi setelah permintaan dari dia (Dhani) untuk saya tidak dibenarkan mendendangkan lagu dari Dewa 19 meski secara tertulis (kontrak) saya boleh berbuat demikian (menyanyi lagu Dewa 19),” ujar Once.
Justeru Once, 53, mengumumkan beberapa judul lagu yang akan disampaikan pada malam konsert yang dibawa oleh Icon Entertainment tersebut.
“Saya belum tahu berapa banyak lagu yang akan dipersembahkan tapi yang pasti saya akan melakukan persembahan bersama pemuzik dari Marcell dan anggota kumpulan Bams.
“Tapi tentu akan saya bawakan lagu yang dikenal banyak peminat di Malaysia seperti Dealova, Ku Cinta Kau Apa Adanya dan Matilah Kau,” katanya.
Meski demikian Once yang bertanding dalam pilihan raya terkini Indonesia akur sekiranya ramai peminat mahu dia membawakan lagu hit dari Dewa 19.
“Saya tidak ada keberatan, (menyanyi lagu Dewa 19) tapi tanya kepada penganjur ya nanti,” katanya lagi. -Gempak
Gempak
Sun Mar 10 2024

Once (kanan) mengakui hubungannya dengan pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani (kiri) berada dalam keadaan baik. -Gempak

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Once teruja kongsi pentas dengan Marcell, Bams Samson
Tiga nama besar itu akan beraksi dalam Konsert Trio Terhebat Vol. 1 pada Mei depan di Kuala Lumpur.

Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani
Hubungan Dhani dan Once pernah renggang selepas dia dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.

Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.

Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19
Seramai 9,000 peminat dihiburkan dengan persembahan lebih 30 buah lagu daripada Dewa 19.

Dul Jaelani ganti tempat Ahmad Dhani dalam konsert di Malaysia
Anak Ahmad Dhani ganti tempat bapa beraksi di Malaysia Sabtu ini.