SEKTOR pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan garis panduan yang perlu dipatuhi.

PENERBANGAN BERJADUAL & KARGO
Waktu Beroperasi: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam
Waktu Kehadiran Pelanggan: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam
Kapasiti Pekerja: 100%

Pemeriksaan suhu badan dan pemakaian 'face mask'
• Menggunakan thermal scanner (pengimbas suhu) sebelum memasuki terminal lapangan terbang.
• Mewajibkan face mask kepada semua individu yang memasuki terminal.

Pendaftaran masuk di kaunter
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penandaan garisan bagi penjarakan sosial.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
• Menggunakan hand sanitizer selepas urusan di kaunter 'check in' (daftar masuk).

Aturan tempat duduk dalam pesawat
• Penjarakan sosial dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
• Tidak membenarkan preference block tempat duduk oleh penumpang.
• Nyahkuman ruang pesawat.
• Melaksanakan proses nyahkuman pesawat selepas operasi.
Boarding (menaiki pesawat)
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
Meal Service (penyediaan makanan)
• Mengelakkan close contact (kontak rapat) dengan penumpang.

Lavatory Service (perkhidmatan tandas)
• Pembersihan tandas sekurang-kurangnya 1 kali bagi setiap 5 kali penggunaan.

LAPANGAN TERBANG

• Perkhidmatan lapangan terbang
• Perkhidmatan pengendalian darat
• Perkhidmatan kawalan trafik udara
• Perkhidmatan sekolah penerbangan / kolej penerbangan / latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)
Waktu Beroperasi: Mengikut waktu operasi padang terbang
Waktu Kehadiran Pelanggan: Mengikut waktu operasi padang terbang
Kapasiti Pekerja: 100%

Pemantauan gejala COVID-19
• Memantau gejala COVID-19 di kalangan penumpang, pengguna dan pekerja lapangan terbang melalui pemeriksaan suhu badan.

Penggunaan sanitizer, face mask dan rubber gloves
• Kakitangan dikehendaki menggunakan sanitizer, face mask, dan rubber gloves apabila bertugas berdasarkan kesesuaian lokasi kerja.
• Penggunaan face mask dan sanitizer adalah wajib kepada penumpang dalam pesawat.

Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
• Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.
• Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi.

Kesiapsiagaan dalam sebarang perkembangan terkini COVID-19
• Emergency Operation Centre (EOC) dan Airport Crisis Management Team MASB dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa menunggu arahan / perkembangan terkini.