Timbalan Menteri Pendidikan 1, P. Kamalanathan menafikan dakwaan bahawa sekolah vernakular menghalang perpaduan antara masyarakat di negara ini.
Selain menerima pelajar berbilang bangsa, tegasnya, pembelajaran di sekolah berkenaan banyak menekankan aspek-aspek perpaduan.
"Tidak. Itu tidak benar. Kalau nak hapuskan, kerajaan tidak akan memperuntukkan peruntukan yang banyak untuk membina sekolah-sekolah baru lagi.
"Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah legasi yang bermula sejak merdeka dan ia diteruskan," katanya semasa sidang media selepas melawat bangunan baru SJKT Sungai Renggam di sini, hari ini.
Menurutnya, apa yang penting ialah perancangan strategik untuk memupuk perpaduan di kalangan masyrakat.
"Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil aspek Rancangan Integrasi Murid-Murid (REMOTE). Ini akan kita tambah baik bagaimana nak pupuk perpaduan di antara anak-anak kita. Itu yang paling penting," tegas beliau.
"SJKT kita lihat pelajar bukan India pun masuk. Maka tiada halangan jika ada kemudahan untuk belajar , tidak kira siapa pun. SJKT ada pelajar Melayu, dan Cina dan kalau SJKC ada pelajar India, Melayu.
Justeru, beliau berharap semua pihak menumpukan kepada pelbagai program yang menggalakkan perpaduan daripada hanya menyalahkan sekolah vernakular.
"Maka kita akan pastikan program seumpama itu ditingkatkan agar mereka dapat memahami dengan lebih dekat. Itu hala tuju kita," katanya.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam turut senada dalam usahanya menggesa kerajaan menumpukan aspek perpaduan di peringkat sekolah menengah dan menolak sekerasnya cadangan menghapuskan sekolah vernakular.
"Kita kena lihat balik kelemahan di sekolah menengah supaya satu suasana (perpaduan) boleh diwujudkan supaya pelajar boleh bersatu-padu.
"Kita menyokong sebarang usaha kerajaan untuk tambahbaik perpaduan di peringkat menengah," ujarnya.
Dr Subramaniam yang merupakan Menteri Kesihatan itu bagaimanapun, mengakui kurikulum sekolah vernakular perlu ditambahbaik.
"Kurikulum dalam sekolah vernakular perlu ada ciri-ciri patriotisme supaya mereka yang keluar itu, walaupun bahasa yang lain, tetapi pengetahuan yang mereka dapat ialah yang menuju kepada perpaduan.
Saya lihat satu bahasa tidak menjadi halangan untuk perpaduan," katanya.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 23 2015

KAMALANATHAN: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah legasi yang bermula sejak merdeka dan ia diteruskan. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah
Kementerian Pendidikan hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap sebuah latihan meredah kolam berisi ular yang di jalankan di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.

Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan
Aplikasi mudah alih 'MySekolah' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan.

Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan
Kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana sekolah yang terlibat untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP).

El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas
Satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering.

Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan
Dua murid berkenaan telah menjalani ujian skop dan seorang lagi masih menerima rawatan kerana masih mengalami sakit perut.

Pelbagai gelagat warnai hari pertama sesi persekolahan 2016
Sesi persekolahan tahun ini di keempat-empat negeri itu jauh lebih baik daripada tahun lepas, yang terjejas ekoran banjir teruk.

Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium
Kementerian Pendidikan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah.

Kementerian siasat dakwaan kehilangan murid orang asli lewat dilapor - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan berlaku kelewatan dalam membuat laporan berhubung kehilangan tujuh murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.