Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Pada masa sama, katanya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga akan meningkatkan lagi pedagogi, ko-kurikulum serta pendidikan bahasa Tamil di Malaysia.
Kamalanathan berkata selain pembinaan sekolah, kerajaan akan sentiasa memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan sekolah Tamil termasuk dari segi kemudahan infrastruktur sekolah berkenaan.
"Kerajaan akan memberi keutamaan kepada bahasa ibunda khususnya kepada pembangunan sekolah Tamil. Sehingga hari ini sebanyak RM740 juta telah pun digunakan untuk menambah baik kemudahan di sekolah Tamil," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta 'Fun Walk' di Penang Free School hari ini, bersempena sambutan 200 tahun Bahasa Tamil di Malaysia sejak dimulakan di sekolah itu pada tahun 1816.
Pada program itu, seramai 500 peserta termasuk guru dan murid seluruh Pulau Pinang menyertai larian tersebut yang dianjurkan Pemuda MIC Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Kamalanathan berkata pihaknya turut membuat cadangan mengenai pembangunan sekolah Tamil dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan nanti.
"Kita memang mencadangkan kepada Perdana Menteri. Sebenarnya YB (Datuk Dr S) Subramaniam (Menteri Kesihatan) akan membentangkan keperluan komuniti kaum India dan ia juga melibatkan peruntukan untuk pembangunan sekolah Tamil di negara ini.
"Seperti di tahun-tahun sebelum ini, Perdana Menteri amat prihatin tentang keperluan pembangunan dan pendidikan bahasa Tamil dan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil," katanya.
Beliau berkata antara perancangan segera daripada pembangunan sekolah Tamil dalam Bajet 2017 ialah menempatkan semula sekolah yang kurang murid ke lokasi yang lebih ramai penduduk iaitu di kawasan perumahan.
"Kita harap pada bajet akan datang, kita akan dapat melakukan penempatan semula sekolah bagi yang kurang murid. Bagi merealisasikan hasrat itu kita perlu mencari tanah yang sesuai yang boleh manarik lebih ramai untuk bersekolah di sini," katanya.
Justeru beliau meminta kerajaan negeri memberi kerjasama menyediakan tanah di lokasi yang lebih sesuai bagi penempatan semula sekolah terbabit. - Bernama
Bernama
Sat Oct 01 2016

Para guru SJKT Pulau Pinang berwifie bersama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan semasa mengambil bahagian dalam 'Fun Walk' sejauh satu kilometer yang bermula dari Penang Free School. - Foto BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

MITRA tubuh jawatankuasa pantau penerima Geran PPSMI - Ramanan
Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan untuk memastikan peruntukan RM27.19 juta di bawah Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) 2023 disalurkan dengan telus.

Cik Din fasih cakap bahasa Tamil, seru generasi kini belajar pelbagai bahasa
Seawal usia sembilan tahun, Tajuddin Mohd Sharif, 70, sudah mula mendekati bahasa Tamil bersama rakan-rakan India.

PM mahu syarat untuk kelas Tamil diadakan di sekolah menengah dilonggarkan
Perdana Menteri berjanji akan berbincang dengan Menteri Pendidikan bagaimana syarat semasa untuk Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah, boleh dilonggarkan.

Suami YouTuber masakan terkenal mengaku tidak bersalah miliki senjata bahaya
Menurut pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukur 66cm bertulis Tiger di parkir HRPB kira-kira jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan
Tertuduh juga turut dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.

Video jejaka kacak Melayu fasih bertutur bahasa Tamil viral
Video seorang jejaka kacak yang fasih bertutur dalam Bahasa Tamil menjadi viral di laman sosial.

Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

UPSR: Polis, Kementerian Pendidikan siasat dakwaan kertas Bahasa Tamil, Matematik bocor
Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris
Kementerian Pendidikan merancang untuk perkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil ke sekolah kebangsaan.