Ibu bapa akan dimaklumkan sehari lebih awal sekiranya arahan penutupan sekolah dikeluarkan kerana cuaca panas berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara sekarang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan.
Beliau berkata satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering.
"Garis panduan itu merangkumi mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah dengan hanya membenarkan pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas sahaja," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
BACA: Cuaca terkawal, sesi persekolahan akan bersambung seperti biasa
BACA: Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April - Jabatan Meteorologi
INFOGRAFIK: Gelombang panas: Apa yang perlu dilakukan dan dielak
Kamalanathan berkata kementerian juga sedang menunggu garis panduan yang akan dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkaitan garis panduan menyeluruh menghadapi cuaca panas dan kering serta fenomena gelombang haba.
"Sebaik menerima garis panduan itu, pihak kementerian akan mengedarkan surat pekeliling itu ke setiap sekolah sebelum sesi persekolahan dibuka pada Ahad dan Isnin ini," katanya.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan garis panduan menyeluruh menghadapi cuaca panas dan kering serta fenomena gelombang haba akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
Dalam perkembangan lain, Kamalanathan berkata semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara perlu memulakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda dengan serta-merta.
Katanya, kelas-kelas Bahasa Ibunda (POL) itu tidak dapat dilaksanakan di beberapa sekolah seperti dilaporkan menerusi laman sosial baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.
"Bagaimanapun, masalah kewangan ini telahpun diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan dan memutuskan untuk melaksanakan POL dengan terus menyalurkan peruntukan di sekolah-sekolah terlibat," katanya.
Dalam pada itu, Kamalanathan juga menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan kelas-kelas POL di sekolah-sekolah bermula tahun ini.
Bernama
Thu Mar 17 2016
![El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452515194_CuacaPanas.jpg)
Satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering. - Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Tujuh empangan di Semenanjung di bawah paras 50 peratus - Wan Junaidi Tujuh empangan di Semenanjung di bawah paras 50 peratus - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459516875_EmpanganTimahTasoh.jpg)
Tujuh empangan di Semenanjung di bawah paras 50 peratus - Wan Junaidi
Ada di antara empangan tersebut mempunyai simpanan yang hanya boleh bertahan selama sebulan tanpa hujan.