Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan, kata timbalan menterinya Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata sebaliknya arahan berkenaan dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
"Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan arahan (berlatih tepuk tangan) sedemikian kerana ia bukan satu keperluan. Pandangan saya ia adalah arahan peribadi pengarah pendidikan negeri sendiri.
BACA: Isu arahan latihan tepuk tangan, Jabatan Pendidikan Terengganu beri penjelasan
"Bertepuk tangan adalah hak peribadi individu yang hadir dalam sesuatu majlis dan perkara ini tidak perlu diperbesarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan logo baharu 'Dengue Patrol 2016' di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Baptiste de Clarens.
Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan.
Arahan itu didakwa dikeluarkan Pengarah Pendidikan Terengganu menerusi aplikasi WhatsApp yang meminta semua guru dan pelajar menjalani latihan tepuk tangan selama lima minit.
Sementara itu, mengulas mengenai Dengue Patrol 2016, Kamalanathan berkata program berkenaan merupakan inisiatif Sanofi Pasteur, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa untuk memperkasakan pelajar sekolah supaya memainkan peranan lebih proaktif dalam aktiviti mencegah denggi serta menjadi ejen perubahan yang berkesan kepada masyarakat.
Katanya pelajar mampu menjadi ejen pengubah yang besar dalam usaha kerajaan membasmi wabak itu.
Menurut Kamalanathan, dengan pendedahan awal terhadap bahaya penyakit berkenaan serta cara mencegahnya kepada pelajar, mereka boleh berkongsi ilmu berkenaan bersama anggota keluarga serta masyarakat sekeliling.
"Tugas untuk membasmi wabak yang semakin serius ini bukan terletak di bahu kerajaan sahaja, semua pihak seperti keluarga, masyarakat, badan bukan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta perlu memainkan peranan masing-masing," katanya.
Bernama
Fri May 27 2016
![Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434967493_KAMALANATHAN.jpg)
Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan. - Gambar fail
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
![Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51476777789_latihanularbudak.jpg)
Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah
Kementerian Pendidikan hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap sebuah latihan meredah kolam berisi ular yang di jalankan di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.
![Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475306663_Kamalanathan.jpg)
Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
![Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441359402_950x600.jpg)
Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar - Kamalanathan
Aplikasi mudah alih 'MySekolah' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.
![Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434967493_KAMALANATHAN.jpg)
Latihan tepuk tangan bukan arahan Kementerian Pendidikan - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan.
![Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41456905075_KAMALANATHAN.jpg)
Tiada sekolah dipaksa laksana DLP - Kamalanthan
Kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana sekolah yang terlibat untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP).
![El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452515194_CuacaPanas.jpg)
El-Nino: Ibu bapa akan dimaklum sehari lebih awal jika sekolah ditutup kerana cuaca panas
Satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering.
![Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434967493_KAMALANATHAN.jpg)
Murid termakan kaca dalam mi goreng RMT masih dirawat - P. Kamalanathan
Dua murid berkenaan telah menjalani ujian skop dan seorang lagi masih menerima rawatan kerana masih mengalami sakit perut.
![Pelbagai gelagat warnai hari pertama sesi persekolahan 2016 Pelbagai gelagat warnai hari pertama sesi persekolahan 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41451815308_950x600.jpg)
Pelbagai gelagat warnai hari pertama sesi persekolahan 2016
Sesi persekolahan tahun ini di keempat-empat negeri itu jauh lebih baik daripada tahun lepas, yang terjejas ekoran banjir teruk.
![Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81446528433_PelukCium.jpg)
Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium
Kementerian Pendidikan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah.
![Kementerian siasat dakwaan kehilangan murid orang asli lewat dilapor - Kamalanathan Kementerian siasat dakwaan kehilangan murid orang asli lewat dilapor - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444388184_KAMALANATHAN.jpg)
Kementerian siasat dakwaan kehilangan murid orang asli lewat dilapor - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan berlaku kelewatan dalam membuat laporan berhubung kehilangan tujuh murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.