Sejarawan dan ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim adalah antara tujuh individu terkemuka menerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij pada Isnin.
Beliau merupakan penerima bersama dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.
Seorang lagi dalam kategori yang sama ialah Ahli Ekonomi Prof Dr Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM).
Lima penerima lain ialah 'Bapa Animasi Malaysia' Hassan Abd Muthalib bagi kategori pendidikan dan komuniti sementara aktivis alam sekitar Gurmit Singh K.S. bagi kategori alam sekitar.
Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia Professor Dr Mohd Hair Bejo dan farmakologis Datuk Dr Gan Ee Kiang, yang merupakan penerima bersama kategori kesihatan, sains dan teknologi; dan penjelajah gua British Andrew James Eavis yang dipilih bagi kategori sumbangan cemerlang kepada rakyat Malaysia.
Anugerah itu disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Turut hadir di majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Diwujudkan oleh syarikat gergasi minyak dan gas di Malaysia, Petronas, ExxonMobil dan Shell pada 2007, anugerah itu mengiktiraf dan mengurniakan warga Malaysia dan bukan Malaysia yang telah memberi sumbangan cemerlang dan kekal kepada negara dan rakyatnya.
Setakat ini, 49 individu, termasuk penerima tahun ini, serta dua organisasi, telah menerima Anugerah Merdeka.
Sementara itu, Khoo yang membantu menggubal Rukun Negara berkata anugerah itu mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.
"Hadiah ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menggalakkan rakyat menyumbang bakti kepada negara bangsa terutamanya pada zaman ini di mana lebih ramai orang mementingkan diri sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018

Sultan Nazrin Shah berkenan beramah mesra bersama para penerima Anugerah Merdeka 2018 selepas menyampaikan anugerah tersebut di Kuala Lumpur, 3 Sept, 2018. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM
Malaysian Standard (MS) 692 yang telah dikemas kini kelak diharap dapat diguna pakai oleh pihak industri batik secara menyeluruh bagi menghasilkan produk berkualiti dan mematuhi standard.

Malaysia disaran anjur persidangan untuk satukan pemimpin belia Islam perjuangkan isu Palestin
Persidangan itu mampu menjadi satu bentuk kerjasama penting, di samping memupuk kewujudan satu barisan hadapan bersepadu.

Rukun Negara penting dihayati perkukuh perpaduan negara - Ahli akademik
Rukun Negara memainkan peranan penting dalam memartabatkan perpaduan serta memastikan keamanan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

11% kertas kerja pelajar ditulis dengan bantuan AI - Turnitin
Daripada sampel ini, 22 juta (11%) sekurang-kurangnya mengandungi 20% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI.

AAN-15: Ahli akademik perlu tingkatkan usaha kepada agenda pembinaan bangsa - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan golongan ahli akademik untuk terus gigih urus segala kekacauan dan perubahan yang sedang, dan akan berlaku

Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah
Kerajaan digesa melakukan pembaharuan polisi dadah yang berteraskan antaranya hak asasi manusia untuk kegunaan peribadi serta pemilikan.

38.8 peratus wanita pegang jawatan peringkat pembuat keputusan di sektor awam
Sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai setakat ini.

PRK Pelangai: Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular - Kaji selidik ahli akademik
Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Pengawal selia British haramkan iklan Etihad kerana 'mengelirukan'
Etihad dikatakan membuat kenyataan yang berlebihan mengenai usaha syarikat penerbangan itu untuk mencapai "penerbangan mampan."