ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia disiasat dan akan menyerahkan segala dokumen berkaitan kenyataannya berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah kepada polis.
Beliau berkata, penyiasatan atas sesuatu isu merupakan perkara biasa sahaja.
“Biasalah siasat di dunia, siasat di akhirat lagi teruk," katanya ringkas ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung siasatan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kenyataan beliau yang mendakwa Pulau Pinang milik Kedah.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi memaklumkan, rakaman berkaitan kenyataannya kemungkinan akan dilakukan pada sebelah petang Rabu di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman.
"Bukit Aman (polis) datang jumpa, itu biasalah, mereka buat kerja mereka, saya buat kerja saya, adillah,” ujarnya.
Menurutnya lagi, bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan waktu sebenar rakaman keterangan akan dibuat berikutan perlu mempengerusikan mesyuarat exco terlebih dahulu.
"Saya tak tahu polis nak datang jam berapa, saya perlu hadiri mesyuarat exco dulu, mungkin selepas itu akan dibuat rakaman," katanya lagi.
Sebelum itu, Muhammad Sanusi dilihat memasuki kawasan Wisma Darul Aman dengan menaiki kenderaan rasminya pada 10.58 pagi dan dijadualkan mempengerusikan mesyuarat exco pada sebelah pagi.
Muhammad Sanusi secara berseloroh turut memberitahu, beliau turut membawa dokumen berkaitan dalam beg bimbitnya.
"Siasat di dunia ini biasa saja, apa yang saya boleh dedahkan, saya dedahkan. Dokumen ada dalam satu beg saya bawa. Nanti saya fotostat bagi seorang satu salinan. Lawaklah dunia ini," jelasnya lagi.
Pada Selasa, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin memaklumkan polis akan merakam keterangan Muhammad Sanusi pada Rabu di Alor Setar, berhubung kenyataannya mendakwa Pulau Pinang milik Kedah.
Rakaman kenyataan itu akan dibuat di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman oleh pegawai penyiasat Bukit Aman.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023

Muhammad Sanusi dilihat memasuki kawasan Wisma Darul Aman dengan menaiki kenderaan rasminya dan dijadualkan mempengerusikan mesyuarat exco pada sebelah pagi. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.