"Kejadian berlaku dalam sekelip mata," kata Dewan Chandra, 34, seorang daripada 47 penumpang warga Indonesia yang terlibat dalam kemalangan bas sehingga menyebabkan dua orang maut awal pagi tadi.
Ketika ditemui Bernama, dia yang tidur-tidur ayam semasa kejadian berkata bas yang dinaikinya dirasakan semakin bergerak ke tepi jalan sebelum semua penumpang yang sedang tidur dikejutkan dengan satu bunyi dentuman kuat.
"Saya sempat melihat bas melanggar sebatang tiang lampu jalan lalu terbabas ke dalam parit," katanya yang masih trauma ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini.
Dewan yang duduk di kerusi hadapan sekali mengalami cedera ringan setelah tercampak keluar akibat hentaman kuat itu.
Dalam kejadian pada pukul kira-kira 5 pagi tadi, bas ekspres yang disewa sekumpulan warga Indonesia itu terbabas dan masuk ke dalam parit di kilometer 43, Jalan Persekutuan Klang ke Teluk Intan, Perak di sini.
Selain dua orang maut, lapan penumpang cedera parah, 22 lagi cedera ringan manakala yang lain tidak mengalami kecederaan termasuk pemandu bas.
Warga Indonesia berkenaan dalam perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke jeti di Bagan Datoh, Perak untuk mengambil feri ke Medan, Indonesia.
Seorang lagi penumpang yang terselamat, Effendi Muhamadiah, 44, berkata semuanya berlaku terlalu pantas dan bersyukur kerana dia selamat.
"Selepas bunyi dentaman kuat itu, saya langsung tidak sedar, cuma dapati ada luka di bahagian kepala, lengan dan kaki," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tanjung Karang,
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, hasrat seorang warga Indonesia untuk pulang ke negaranya selepas melancong selama sebulan di negara ini tergendala setelah cedera dalam kemalangan itu.
Mangsa, Lirlawati, 39, patah kaki dan cedera di muka dimasukkan ke Zon Kritikal Hospital Sungai Buloh, kelihatan trauma sambil ditemani suaminya, Hanafi, 40.
Hanafi yang bekerja sebagai kontraktor di Port Dickson, Negeri Sembilan berkata dia menerima panggilan daripada seorang rakan mangsa yang turut terbabit dalam kemalangan itu.
"Saya terima panggilan kira-kira pukul 5.30 pagi tadi. Saya terkejut dan terus menaiki teksi dari Port Dickson untuk melawat isteri saya di hospital ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital berkenaan.
Beliau berkata dokumen perjalanan isterinya tamat tempoh hari ini dan bercadang untuk pulang ke kampung malam tadi memandangkan perkhidmatan jeti di Bagan Datoh tutup esok.
Dalam pada itu, jenazah seorang mangsa, Burhanuddin Yahya, 50, seorang pemastautin tetap di Malaysia telah dituntut keluarganya selepas sesi pengecaman dilakukan di Hospital Tanjung Karang.
Identiti wanita yang maut pula masih belum dikenal pasti berikutan dokumen perjalanan mangsa kemalangan yang bertaburan di kawasan kejadian.
Bernama
Sat Jan 09 2016
!['Saya tercampak keluar, kejadian berlaku sekelip mata' - mangsa warga Indonesia 'Saya tercampak keluar, kejadian berlaku sekelip mata' - mangsa warga Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452336231_SuamiMangsaNahas.jpg)
Suami kepada salah seorang mangsa nahas, Hanafi,40, menceritakan detik cemas apabila isterinya,Lirwati,39, terlibat dalam kejadian itu kepada wartawan di Hospital Sungai Buloh hari ini. = Gambar Bernama
![MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723734201_ECRLlandasankeret.jpg)
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
![Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723735401_SingapuraFilipina.jpg)
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
![Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723735226_PATIMaritim.jpg)
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua 17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721532594_tbJPJNegeriPulauP.jpg)
17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.
![Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718900952_Basekspresjatuhga.jpg)
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
![Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718675239_TBMAUTNIBONGTEBAL.jpg)
Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres
Mangsa yang maut merupakan penumpang kereta berusia 30 tahun manakala pemandu berusia 40 tahun cedera di bahagian muka.
![Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717394422_sindiketpenyeludupa.jpg)
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
![Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717117550_Limacederabaseks.jpg)
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
![Pemandu bas tersepit, 36 penumpang terselamat Pemandu bas tersepit, 36 penumpang terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716864050_tbtersepit.jpg)
Pemandu bas tersepit, 36 penumpang terselamat
Seorang pemandu bas cedera akibat tersepit manakala 36 lagi penumpang terselamat dalam nahas awal pagi Selasa.
![Dua sahabat maut dilanggar bas Dua sahabat maut dilanggar bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714445828_Duasahabatjpg.jpg)
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
![Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713928617_TBPemandubasjp.jpg)
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
![Bas ekspres terbakar: 16 terselamat Bas ekspres terbakar: 16 terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713673747_Basekspress.jpg)
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
![Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712367958_Kemalangan.jpg)
Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan 4WD dan pemandu Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.