ALOR SETAR: Tindakan tiga pemandu bas ekspres menggunakan telefon bimbit termasuklah membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok ketika memandu membawa padah apabila disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.
Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui operasi penyamaran dilakukan anggota JPJ Kedah bermula dari Terminal Bas Shahab Perdana.
"Seorang pemandu bas ekspres dikesan berbual-bual tanpa sebab munasabah iaitu membuat panggilan video sepanjang memandu dalam perjalanan dari Alor Setar ke Ipoh pada 1 April lepas.
"Sehubungan itu, lelaki itu disiasat mengikut Kaedah 17 (a) PSV License Competent Driving Conductor and Passenger (LCDCP) 1959," katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada sidang media operasi khas HRA 2024 di Ibu Pejabat JPJ Kedah, di sini, pada Rabu.
Menurutnya lagi, seorang pemandu pula didapati melakukan kesalahan menggunakan alat komunikasi (siaran langsung TikTok) ketika dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 18 April lalu.
"Pada hari sama, seorang lagi pemandu bas ekspres turut dikesan melakukan kesalahan menggunakan alat komunikasi ketika perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur," katanya.
Shahrul Azhar menambah, dua pemandu itu didapati melakukan kesalahan di bawah kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.
Beliau berkata, apabila ada pemandu masih degil apabila menggunakan telefon bimbit membuat rakaman secara langsung menerusi aplikasi TikTok walaupun diberikan amaran sebelum ini.
"Walaupun sebelum hari raya, kita sudah memanggil operator bas untuk taklimat namun masih ada lagi yang masih melakukan perkara itu (live di TikTok)," katanya.
Tegasnya, tindakan pemandu bas ekspres itu boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kemalangan kerana setiap bas terbabit membawa jumlah penumpang yang ramai.
Beliau berpandangan, pemandu bas mempunyai tanggungjawab sangat besar kerana membawa banyak nyawa dan jika dia hilang tumpuan dua atau tiga saat sahaja boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian yang tinggi.
Sehubungan itu, Shahrul Azhar memaklumkan, ketiga-tiga pemandu dikenakan saman RM150 setiap seorang atas kesalahan dilakukan masing-masing.
Dalam perkembangan sama, kongsi beliau, JPJ Kedah melakukan pemeriksaan sebanyak 54,821 kenderaan di seluruh Kedah sepanjang Ops Khas HRA 2024 tersebut.
Katanya lagi, dari jumlah itu, sebanyak 432 kenderaan disita dan 10,149 notis dikeluarkan termasuk tindakan terhadap 223 pemandu warga asing.
Selain itu, beliau berkata, JPJ Kedah mengesan beberapa kesalahan lain seperti tidak memakai kasut ketika memandu serta menukar lorong tanpa isyarat sepanjang operasi itu.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, tiada kenderaan awam dilaporkan terbabit dalam kemalangan sepanjang Ops Khas HRA 2024 susulan usaha pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 24 2024

Gambar tular melibatkan antara kes pemandu bas yang leka bermain telefon bimbit semasa memandu.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.

Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.

7,473 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari pertama Ops Khas HRA 2024
Sebanyak 7,473 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dikeluarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu

Ops HRA 2022: 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).

Lebih 5,000 kenderaan langgar had laju pada hari pertama Ops HRA - JPJ
Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya.

Ops Hari Raya Aidilfitri: 36 kes kesalahan libatkan pemandu bas direkod - JPJ
Antara kesalahan dikesan ialah memandu di lorong kanan tanpa henti, menggunakan telefon bimbit, dan merokok semasa memandu.

JPJ tambah anggota untuk Ops Hari Raya
Jabatan Pengangkutan Jalan menugaskan 1,800 anggotanya untuk terlibat dengan Ops Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbanding 1,500 anggota pada tahun 2012.