KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan empat kes positif COVID-19.
Ia melibatkan dua kes di Kuching dan satu kes masing-masing di Sibu dan Betong.
Menerusi kenyataan pada Selasa, tiga kes dikategorikan sebagai kes import B melibatkan kes dari Johor (2) dan Kuala Lumpur (1).
Manakala satu kes dikategorikan sebagai kes import A dari Liberia melibatkan seorang lelaki warga tempatan.
Kes 1113 tiba di Kuala Lumpur dari Liberia pada 24 Disember 2020 dan tiba di Kuching dua hari selepas itu.
“Kes dilapor sudah menjalani ujian rt-PCR sebanyak empat kali di Liberia dan kali terakhir menjalaninya pada 20 Disember dan disahkan negatif COVID-19 untuk semua ujian tersebut.
“Semasa di KLIA pada tarikh ketibaannya, kes juga menjalani ujian RTK Antigen dan keputusannya juga negatif,” kata kenyataan itu.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 26 Disember 2020, kes telah menjalani saringan rt-PCR dan disahkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020.
JPBN Sarawak juga melaporkan pertambahan dua kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj melibatkan satu kes masing-masing di Hospital Miri dan Hospital Umum Sarawak (HUS).
Ini menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di negeri itu meningkat kepada 1064 kes atau 95.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Sarawak.
Syafik Shukri Jalil
Tue Dec 29 2020

JPBN Sarawak juga melaporkan pertambahan dua kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj melibatkan satu kes masing-masing di Hospital Miri dan Hospital Umum Sarawak (HUS). FOTO: Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

COVID-19: 246 kes positif di Sarawak, Lundu kini zon jingga
Daripada 171 kes di Sibu, 164 kes dikesan menerusi saringan pengesanan kes secara aktif kepada kontak kes positif COVID-19.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, satu kematian
Sarawak hari ini kembali merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 tiga angka dengan 171 kes dilaporkan selepas hanya mencatatkan 70 kes pada Rabu.

COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 120 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 3,499 kes.

COVID-19: 156 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 156 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 2,367 kes.

Masuk ke Sarawak, guru dari Semenanjung, Labuan dan Sabah wajib kuarantin
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menetapkan semua guru yang tiba dari Semenanjung, Labuan dan Sabah untuk menjalani kuarantin wajib setibanya mereka ke negeri itu.

Sarawak lapor pertambahan empat kes positif COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan empat kes positif COVID-19.