KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 246 kes positif COVID-19 di negeri itu pada Isnin menjadikan jumlah kes positif di negeri itu meningkat kepada 6,832 kes.
Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Sibu mencatatkan kes harian tertinggi dengan 171 kes.
Ia diikuti Kapit (22), Julau (21), Samarahan (12), Kuching (lapan), Bintulu (enam), Tatau dan Miri (dua) manakala satu kes di Dalat dan Bau.
“Daripada 171 kes di Sibu, 164 kes dikesan menerusi saringan pengesanan kes secara aktif kepada kontak kes positif COVID-19.
“Manakala tujuh kes melibatkan lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke fasiliti kesihatan di daerah itu,” kata Uggah.
Selain itu, 16 kluster dilaporkan kekal aktif dengan hanya empat kluster mencatat pertambahan kes.
Ia termasuk Kluster Nanga Lijan di Julau dengan 21 kes, Kluster Pasai di Sibu 13 kes dan satu kes masing-masing dari Kluster Tabong di Bau dan Kluster Rakut di Miri.
Antara lain daerah Lundu kembali dikategorikan sebagai zon jingga daripada merah setelah merekodkan 31 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
“10 daerah termasuk Julau, Subis, Kapit dan Song kekal dikategorikan sebagai zon merah dengan 2,003 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.
“Tiga daerah pula berstatus jingga dan 15 kekal berstatus kuning dengan 132 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh sama,” tambahnya.
Sehingga kini, terdapat 12 daerah yang dikategorikan sebagai zon hijau di Sarawak termasuk Daro, Kabong dan Lubok Antu.
Syafik Shukri Jalil
Mon Feb 15 2021

Antara lain daerah Lundu kembali dikategorikan sebagai zon jingga daripada merah setelah merekodkan 31 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

COVID-19: 246 kes positif di Sarawak, Lundu kini zon jingga
Daripada 171 kes di Sibu, 164 kes dikesan menerusi saringan pengesanan kes secara aktif kepada kontak kes positif COVID-19.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, satu kematian
Sarawak hari ini kembali merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 tiga angka dengan 171 kes dilaporkan selepas hanya mencatatkan 70 kes pada Rabu.

COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 120 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 3,499 kes.

COVID-19: 156 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 156 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 2,367 kes.

Masuk ke Sarawak, guru dari Semenanjung, Labuan dan Sabah wajib kuarantin
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menetapkan semua guru yang tiba dari Semenanjung, Labuan dan Sabah untuk menjalani kuarantin wajib setibanya mereka ke negeri itu.

Sarawak lapor pertambahan empat kes positif COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan empat kes positif COVID-19.