KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 156 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 2,367 kes.
Sibu kekal mecatatkan kes harian tertinggi dengan 65 kes diikuti Miri (28), Kanowit (24), Beluru (15), Sarikei (10), Sebauh (3), Kuching, Bintulu dan Subis (2), manakala satu kes di Dalat, Belaga, Meradong, Samarahan dan Daro.
Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Kluster Pasai di Sibu kekal melaporkan kes harian COVID-19 tertinggi setakat ini.
“Kluster Pasai ada 90 kes hari ini, bukan sahaja di Sibu tetapi di beberapa daerah lain di Sarawak.
“Manakala sejumlah 4,250 individu telah disaring dan daripada jumlah itu 2,500 individu dilaporkan negatif manakala 996 individu masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata Uggah.
Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) juga mengisytiharkan Kluster Rakut di Miri sebagai kluster COVID-19 terbaharu di negeri itu.
“Kes indeks kepada kluster ini merupakan kes 1,740 yang dikesan menerusi saringan kontak rapat kepada kes positif yang dilaporkan pada 12 Januari 2021.
“Hasil pengesanan kontak secara aktif kepada kes ini, sembilan kes positif dilaporkan termasuk enam kes baharu hari ini,” tambahnya.
Tambahnya, setakat 19 Januari 2021 jam 12.00 tengah hari, 33 individu telah disaring dan tujuh individu disahkan negatif manakala 16 lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.
Antara lain, daerah Kanowit kini dikategorikan sebagai zon jingga selepas mencatat 29 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.
Sementara daerah Subis di Miri dan daerah Belaga di Kapit pula dikategorikan sebagai zon kuning selepas catat tiga kes jangkitan tempatan dalam tempoh sama.
Syafik Shukri Jalil
Tue Jan 19 2021

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) juga mengisytiharkan Kluster Rakut di Miri sebagai kluster COVID-19 terbaharu di negeri itu. FOTO: Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

COVID-19: 246 kes positif di Sarawak, Lundu kini zon jingga
Daripada 171 kes di Sibu, 164 kes dikesan menerusi saringan pengesanan kes secara aktif kepada kontak kes positif COVID-19.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, satu kematian
Sarawak hari ini kembali merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 tiga angka dengan 171 kes dilaporkan selepas hanya mencatatkan 70 kes pada Rabu.

COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 120 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 3,499 kes.

COVID-19: 156 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 156 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 2,367 kes.

Masuk ke Sarawak, guru dari Semenanjung, Labuan dan Sabah wajib kuarantin
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menetapkan semua guru yang tiba dari Semenanjung, Labuan dan Sabah untuk menjalani kuarantin wajib setibanya mereka ke negeri itu.

Sarawak lapor pertambahan empat kes positif COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan empat kes positif COVID-19.