KUCHING: Sarawak melihat terdapat potensi dalam penggunaan sanga, bahan sampingan daripada peleburan bijih logam untuk pembinaan jalan di masa hadapan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah yang dalam lawatan rasmi ke Jepun untuk mempelajari teknologi pembuatan jalan di negara itu berkata Sarawak akan merangka garis panduan pengggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan dengan pembinaan jalan di Samalaju, Bintulu sebagai projek rintis bagi inisiatif itu.
"Di Sarawak sanga dihasilkan oleh industri ferroaloi di Taman Industri Samalaju, Bintulu mencecah 100,000 tonne setahun dan diklasifikasikan sebagai bahan buangan. Kami di sini untuk memahami proses penggunaan sanga dalam bentuk kesesuaian, ketahanan dan keselamatannya.
Kami juga mahu tahu jumlah kelebihan berbanding dalam penjimatan kos dan lain-lain ke arah masa depan yang lebih mampan. Ini adalah selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk mencapai kesambungan 100 peratus jalan luar bandar," katanya dalam satu kenyataan selepas melawat Bahagian Pengurusan Pembinaan Jabatan Pembangunan Tanah di Wilayah Chiba Jepun hari ini.
Beliau berkata sanga digunakan dalam radius 40 kilometer sebuah kilang keluli, merangkumi pembinaan jalan melibatkan Wilayah Chiba yang mempunyai kepakaran bertahun-tahun dalam pembangunan jalan. raya
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Uggah berkata Sarawak akan merangka garis panduan pengggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan dengan pembinaan jalan di Samalaju, Bintulu sebagai projek rintis bagi inisiatif itu. - Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.

Sarawak kaji penggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan
Sarawak melihat terdapat potensi dalam penggunaan sanga, bahan sampingan daripada peleburan bijih logam untuk pembinaan jalan di masa hadapan.

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

Artik bukan lagi kawasan 'belantara' yang belum disentuh - kajian
Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ketulan ais dan salji.

JAS kumpul lebih 2,000 tan metrik e-sisa sepanjang tahun ini
Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya mengumpul sebanyak 2,283.7 tan mentrik bahan buangan elektrik dan elektronik (e-sisa) setakat bulan ini.

JAS arah kontena bawa 'e-waste' haram dari Amerika Syarikat dihantar pulang
Arahan tersebut dikeluarkan selepas mendapati e-waste berkenaan dibawa masuk tanpa mendapat kelulusan JAS terlebih dahulu.

Model ekonomi pusingan mampu minimumkan impak kerosakan alam sekitar
Model ekonomi ini membolehkan perancangan dibuat terhadap pengurusan bahan buangan, dengan sumber yang dimiliki disimpan selama mungkin.

Pencemaran: 40 tong berisi 4,000 liter bahan buangan ditemukan dalam premis
Berdasarkan siasatan awal, ACP Arifai Tarawe berkata, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam kes tersebut.

Keputusan awal pencemaran Sungai Batang Benar dapati ia sebatian organik Dimethyl Disulfide - Exco
Keputusan awal analisis sampel yang diambil dari lokasi punca pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai, mendapati ia merupakan sebatian organik jenis 'Dimethyl Disulfide'.