KAJIAN baharu antarabangsa mendapati bahawa bahan buangan plastik ditemui di kawasan dan habitat Artik, memberi amaran bahawa lebih banyak mekanisme kawalan diperlukan.
Bahan buangan plastik sudah ditemui di Lautan Artik, kata satu kajian baharu yang dikeluarkan oleh Institut Alfred Wegener (AWI).
Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ketulan ais dan salji.
"Setiap tahun, sekitar 19 sehingga 23 juta tan metrik sisa plastik yang tidak diuruskan dipindahkan daripada sumber berasaskan darat kepada air di seluruh dunia.
"Jumlah plastik di lautan mungkin meningkat, kerana pengeluaran plastik global dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2045," kata institut itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut biarpun plastik tidak membahayakan organisma secara terus, namun ia "mencipta potensi kekurangan zat makanan, kecederaan dalaman, halangan saluran usus yang menyebabkan kebuluran atau kerosakan, dan menyebabkan kematian.
"Kawasan Artik masih dianggap sebagai 'hutan belantara' yang sebahagian besarnya belum disentuh.
“Dari kajian kami, persepsi ini tidak lagi mencerminkan realiti. Ekosistem di utara kita sudah sangat terjejas oleh perubahan iklim. Ia kini diburukkan lagi dengan pencemaran plastik. Dan penyelidikan kami sendiri telah menunjukkan bahawa pencemaran terus bertambah buruk," kata pakar AWI Dr Melanie Bergmann.
Tidak banyak data tentang perkaitan antara bahan buangan plastik dan perubahan iklim, namun kajian awal menunjukkan bahawa mikroplastik yang terperangkap boleh mengubah ciri ais di laut dan salji.
Menurut kajian itu, pemanasan global adalah tiga kali lebih cepat di Artik berbanding kawasan lain. Pencairan ais dengan mikroplastik terperangkap di dalamnya boleh meningkatkan kesan albedo (keupayaan untuk memantulkan cahaya matahari) sebanyak 11 peratus dan mengubah kebolehtelapan ais laut dan penyerapan sinaran suria.
Institut itu juga mula mengkaji kesan mikroplastik dan nanoplastik pada proses fizikal yang penting, seperti fungsi tanah, biogeokimia, sifat ais (pencairan, pemantulan UV dan pengecilan), cuaca (kondensasi, pemendakan) dan fluks zarah melalui lajur air (pam biologi).
"Semua mempunyai kesan terhadap fungsi sistem bumi kita, terutamanya pada kawasan Artik yang sedang berubah. Sudah jelas bahawa mitigasi yang berkesan amat diperlukan untuk mengelakkan kemerosotan lebih teruk pada ekosistem dan komuniti Artik," kata mereka.
"Semakan kami menunjukkan bahawa tahap pencemaran plastik di Artik sepadan dengan kawasan lain di seluruh dunia. Ini selari dengan simulasi model yang meramalkan zon pengumpulan tambahan di Artik," kata Bergmann mengulas kenyataan tersebut.
Bergman menekankan kepentingan perjanjian plastik global, yang diluluskan di Perhimpunan Alam Sekitar PBB awal tahun ini, menyifatkannya sebagai "langkah pertama yang penting." Beliau menambah, dalam rundingan akan datang, langkah yang berkesan, terikat dari sudut undang-undang" mesti diterima pakai, termasuk matlamat untuk menghasilkan kurang plastik.
Jelasnya, negara-negara Eropah, termasuk Jerman, mesti mengurangkan pengeluaran plastik mereka, sama seperti kawasan Artik yang kaya perlu mengurangkan pencemaran daripada sumber tempatan dan menambah baik pengurusan sisa dan air sisa yang hampir tidak wujud dalam komuniti mereka.
Beliau juga menekankan lebih banyak peraturan dan kawalan diperlukan, berkenaan dengan sisa plastik dari kapal antarabangsa, dan sektor perikanan.
Astro Awani
Thu May 05 2022

Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ais dan salji. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tundra Artik semakin menghijau, apa maknanya?
Tundra ialah sejenis keadaan bioma di mana pertumbuhan pokok terhalang oleh suhu yang sejuk dan musim pertumbuhan yang singkat.

Teroka destinasi baharu, RareTV lancar misi kembara Artik
Rare TV yang dimulakan pada tahun 2020 kini telah mendapat langganan kira-kira suku juta pengikut.

Artik bukan lagi kawasan 'belantara' yang belum disentuh - kajian
Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ketulan ais dan salji.

Dataran ais mengecil, saintis Rusia menemui lokasi walrus berhimpit di Artik
Tempoh ketiadaan ais di sekitar Laut Kara semakin panjang dan itu antara lain berpunca daripada kenaikan suhu global sepanjang dekad-dekad kebelakangan ini.

Beruang kutub ditemui lemah di tapak pelupusan sampah, diberi rawatan di zoo
Sewaktu ditemui di Norilsk pada Ahad lalu, haiwan itu dalam keadaan sangat tidak sihat, keliru dan hampir mati.

Ais Artik semakin pantas mencair, bakal cetus kerugian trilion dolar - Kajian
Ais Artik yang sedang mencair kini sedang mencairkan permafrost di bawah bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, dan menaikkan paras laut di seluruh dunia dan menggangu suhu.

Amerika Syarikat jangka cuaca sejuk -51 darjah Celsius
Amerika Syarikat menjangkakan keadaan cuaca teruk berikutan ancaman badai artik yang dikatakan boleh menyebabkan kejatuhan suhu mendadak ke tahap paling sejuk sejak 20 tahun lalu.