Pengusaha tapak pelupusan sampah haram mampu meraih keuntungan sehingga lebih RM1,000 sehari, malah kebanyakan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster, samseng dan kongsi gelap.
Bukan itu sahaja, sebahagian pemandu lori yang menjadi pemungut sampah juga dipercayai menjadi ahli kongsi gelap tertentu.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Mohd Zaki Harry Susanto, berkata mereka mempunyai tanda pengenalan tertentu.
"Untuk lebih mudah mengenali mereka, terdapat lambang atau logo tertentu yang ditampal di bahagian hadapan lori sebagai tanda mereka adalah daripada sesebuah kumpulan tertentu," katanya kepada Bernama.
Katanya, terdapat juga kes penguat kuasa SWCorp menerima ugutan ketika membuat rondaan di kawasan tapak sampah haram, malah pernah diserang oleh kumpulan yang dipercayai menjadi penjaga kawasan tertentu.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata, kewujudan banyak tapak sampah haram antara lain didorong faktor penjimatan kos berbanding perjalanan ke tapak pelupusan sah, serta masa yang lebih singkat tanpa perlu menunggu giliran selain kadar dikenakan murah.
"Caj yang dikutip oleh operator tapak sampah haram tidak menentu. Kebiasannya bergantung kepada jenis sisa dibawa atau berdasarkan rundingan. Kebiasaannya caj dikenakan adalah sekitar RM10 ke RM60 bagi setiap trip," katanya.
Memberikan contoh kadar caj tapak pelupusan sisa yang sah di Kuala Lumpur, beliau berkata, tapak pelupusan di Landfill Bukit Tagar (sisa lengai sahaja) mengenakan caj RM49 bagi setiap tan manakala di Inert Landfill Sungai Kertas (RM11).
Kataya, bagi kawasan Putrajaya pula, Inert Landfill Dengkil (RM10) dan Lanfill Tanjung 12 (RM55).
Katanya, berdasarkan catatan di dalam buku rekod atau resit yang disita dalam kebanyakan Ops Sampah Haram, kadar keuntungan pengusaha tapak sampah haram bergantung kepada kekerapan kemasukan lori.
"Bagi kawasan yang aktif, jumlah keuntungan dianggarkan melebihi RM1,000 sehari manakala bagi yang kurang aktif, mereka masih boleh mendapat keuntungan dalam ratusan ringgit sehari," katanya.
Ditanya mengenai modus operandi, beliau berkata, berdasarkan maklumat risikan, pengusaha atau operator akan memulakan perancangan dengan mengenal pasti lokasi berpotensi menjadi tapak pelupusan sampah haram.
"Kebiasaannya, mereka memilih kawasan terbiar dan tersorok tanpa mengira sama ada ia tanah milik kerajaan, individu, tanah rizab atau tanah tanpa pemilik," katanya.
Setelah lokasi dikenal pasti, mereka menceroboh kawasan tersebut dengan membersihkannya serta menggali lubang untuk dijadikan tempat longgokan sisa, sebelum ia dikambus semula dengan tanah dan diratakan apabila penuh.
Malah, dalam banyak kes, Mohd Zaki berkata, ada juga yang bertindak memagar lokasi tersebut supaya aktiviti di dalam kawasan tersebut tidak kelihatan dari luar.
"Selepas itu, mereka akan menghebahkan kewujudan tapak baharu itu kepada pemandu lori yang menjadi pemungut sisa. Hebahan kebiasaanya dibuat melalui aplikasi WhatsApp serta panggilan telefon," katanya.
Menurut beliau, lima kawasan hotspot tapak sampah haram di sekitar ibu negara adalah di Jalan Gombak, bersebelahan KL Traders Square; bersebelahan Projek MRT, Jalan 1/40, Pintasan Segambut, Mukim Batu; Jalan Besi Kawi, Sungai Besi; Jalan 1/141, Kampung Malaysia; dan Taman Danau Desaa.
Katanya, kelima-lima kawasan itu telah diambil tindakan dan ditutup.
Kesalahan itu katanya, tertakluk di bawah Seksyen 71(1) Akta 672 kerana melonggokkan sisa di tempat tidak dibenarkan, memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Beliau berkata, sebanyak 2,579 tapak sampah haram telah dikesan dan ditutup sejak 2014 hingga April tahun ini, manakala bagi tempoh Januari hingga April tahun ini sahaja, sebanyak 798 Op Sampah Haram telah dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 23 2020

Operator akan mengenal pasti kawasan berpotensi dijadikan tapak pelupusan sampah haram sebelum menceroboh masuk. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dakwaan kegiatan gengsterisme di Ipoh: Polis tubuh pasukan penyiasat khas
Pasukan itu akan menyiasat semua maklumat yang diberikan seorang pemilik akaun Facebook bernama Meganathan Nathan, yang mendapat perhatian masyarakat.

2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.

Sampah haram perniagaan lumayan didalangi samseng, kongsi gelap, gengster
Pengusaha tapak pelupusan sampah haram mampu meraih keuntungan sehingga lebih RM1,000 sehari, malah kebanyakan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster, samseng dan kongsi gelap.

Gengster bantu edar kit bahan keperluan kepada penduduk miskin
Anggota kumpulan terbabit, menghantar roti, tepung dan sayur-sayuran ke rumah ddi kawasan Manenberg yang juga dikenali sebagai Cape Flats.

Bekas gengster kongsi kisah bertemu 'Adam' sebelum peluk Islam
Pertemuan singkat itu berlaku sekitar Julai tahun lepas, ketika dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.

Antara Cristiano Ronaldo dan The Rock, siapa lebih kacak?
Ronaldo memuat naik gambarnya berpakaian hitam dengan rantai emas di leher yang mirip penampilan The Rock pada awal penampilannya dalam WWE.

Nekad tinggalkan dunia gelap gengster, kini pengarah urusan syarikat berjaya
Seorang yang pernah bergelumang dengan zaman gelap dan berjaya keluar mengubah haluan hidup, kini berkongsi pengalaman itu bersama generasi muda hari ini.

Pemilihan semula jalan terbaik reda krisis MIC - Dr Siva
Pemilihan semula dilihat jalan terbaik untuk meleraikan 'pergaduhan MIC' sekali gus meredakan krisis parti yang berlarutan selama beberapa bulan.

Polis perlu tingkat tahap risikan, elak insiden bom berulang - Musa Hassan
"Polis tahu kawasan Bukit Bintang adalah lokasi aktiviti kumpulan haram, mereka sendiri perlu tingkat tahap risikan," kata Musa Hassan.