Pemilihan semula dilihat jalan terbaik untuk meleraikan 'pertelingkahan MIC' sekali gus meredakan krisis parti yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan USM Pulau Pinang, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, ia juga menyelesaikan apa juga isu yang berbangkit di dalam parti demi kelangsungan lebih 600,00 ahli MIC sendiri.

Kemelut parti MIC yang meruncing Selasa lalu semakin buruk apabila Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel diberi tempoh 24 jam bermula Rabu lepas untuk memberi penjelasan berhubung penyerahan surat yang didakwa dihantar menggunakan gengster.

Krisis dalaman parti ini mula dikesan selepas Palanivel mengumumkan pengguguran Saravanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Wilayah.