LABUAN: Fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja membabitkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 15 tahun di Labuan berjalan lancar dan menerima sambutan menggalakkan daripada ibu bapa sejak dimulakan dua hari lepas (22 September).
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) Labuan Rithuan Ismail berkata, ibu bapa dan penjaga yang membawa anak masing-masing dilihat tiba seawal pukul 7 pagi di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kolej Matrikulasi Labuan dan Kompleks Darul Kifayah, di sini.
"Mereka tidak mahu terlepas peluang mendapatkan vaksin yang diyakini dapat membantu melindungi anak-anak mereka daripada penularan COVID-19 lebih-lebih lagi menjelang pembukaan semula sesi persekolahan awal bulan depan," katanya kepada Bernama hari ini.
Rithuan berkata seramai 4,108 pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dijadual mendapatkan vaksin di bawah program itu selama tiga hari berakhir petang ini.
Katanya bermula esok giliran 1,455 murid tahun enam (12 tahun) pula mula menerima vaksin di dua PPV sedia ada, dan mereka wajib ditemani ibu bapa serta penjaga masing-masing.
"Setakat semalam, 4,971 atau 48.74 peratus daripada 10,200 pelajar sekolah berumur 13 hingga 17 tahun di Labuan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin," kata Rithuan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, bagi mencapai sasaran sebanyak mungkin populasi di Wilayah Persekutuan itu divaksinasi, golongan pelajar sekolah harus juga mendapatkan suntikan yang sama.
"Apabila pelajar sekolah menerima vaksin, risiko penularan COVID-19 di sekolah dapat dikurangkan dan kita dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad berkata guru yang memilih untuk tidak menerima vaksin dibenarkan hadir ke sekolah, tetapi dikecualikan daripada mengajar secara bersemuka di kelas.
"Mereka akan diberikan tugasan lain termasuk menumpukan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)," katanya.
Menurutnya hanya satu peratus daripada 1,332 guru sekolah rendah dan menengah di Labuan memilih untuk tidak menerima vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021

Seramai 4,108 pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dijadual mendapatkan vaksin di bawah program itu selama tiga hari berakhir petang ini. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lebih 340,000 kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama vaksin COVID-19
Sejumlah 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.

Vaksin COVID-19: Lebih lapan peratus populasi kanak-kanak terima dos pertama
Jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,524,828 dos setakat semalam.

Langkah bijak untuk tidak gopoh vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun - Pakar
Tindakan Menteri Kesihatan yang tidak gopoh membuat keputusan berkenaan perkara itu juga, adalah praktikal.

Buka sekolah: Filipina mula beri vaksin COVID-19 kepada remaja 12-17 tahun
Kerajaan merancang untuk membuka semula persekolahan secara bersemuka di 120 sekolah pada bulan depan.

90.9 peratus populasi dewasa kini lengkap divaksin
Sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: Pfizer kemuka permohonan vaksin kanak-kanak 5-11 tahun
Permohonan kepada FDA itu dibuat susulan peningkatan penularan kes dalam kalangan kanak-kanak.

COVID-19: Dakwaan lima remaja maut selepas divaksin, ini jawapan KKM
KKM telah menjalankan siasatan terhadap kenyataan seorang aktivis dalam satu video yang tular di media sosial yang mendakwa lima orang remaja meninggal dunia selepas menerima vaksin COVID-19.

Sambutan menggalakkan fasa dua vaksinasi remaja 13-15 tahun di Labuan
Seramai 4,108 pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dijadual mendapatkan vaksin di bawah program itu selama tiga hari berakhir petang ini.

Tiada kesan sampingan serius dialami remaja terima vaksin COVID-19
Setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai kesan sampingan serius dialami golongan remaja yang menerima suntikan itu.

Vaksinasi remaja di Perak babitkan 41 PPV - Exco
Program pemberian vaksin remaja telah bermula 20 September serentak seluruh daerah di Perak meliputi 41 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membabitkan sekolah, kolej vokasional dan PPV Awam.