KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menunggu hasil kajian dan data secukupnya berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak di bawah 12 tahun, sebelum memutuskan melaksanakan vaksinasi terhadap golongan itu adalah tindakan bijak, menurut pakar.
Pengasas Persatuan Malaysian Doctors Club (MDC) Dr Muhammad Hakim Nordin berkata tindakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang tidak gopoh membuat keputusan berkenaan perkara itu juga, adalah praktikal.
"Tindakan (menunggu data) yang bijak...mereka (kanak-kanak) adalah golongan berisiko rendah... jadi kenapa kita perlu berikan kepada kanak-kanak kepada sesuatu (vaksinasi) yang kita masih tidak tahu keselamatan dan keberkesanan sepenuhnya lagi.
"... setahu saya, WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) belum lagi galakkan vaksinasi terhadap kanak-kanak bawah 12 tahun," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, walaupun ada syarikat vaksin telah mengesahkan keselamatan penggunaan produknya, namun ia bergantung kepada WHO untuk membuktikan bahawa vaksin-vaksin tersebut selamat digunakan kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Khairy sebelum ini memaklumkan Kementeriannya telah mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin COVID-19, yang sedang membuat persiapan untuk menghantar data berkaitan (keselamatan dan keberkesanan vaksin kepada kanak-kanak bawah 12 tahun) kepada semua badan kawal selia seluruh dunia termasuk Malaysia.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Klinikal dan Pakar Perunding Imunologi Kanak-Kanak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Dr Adli Ali berkata beliau percaya kerajaan sedang menilai beberapa jenis vaksin untuk dipertimbangkan kepada golongan tersebut.
Katanya, data yang mencukupi akan menambah keyakinan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka divaksin.
"Saya percaya mereka (kerajaan) sedang lihat apa vaksin yang sesuai dan untuk vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun ini, mereka dah mengambil kira beberapa data termasuk vaksin Sinovac yang telah mengeluarkan data yang mengatakan ia selamat digunakan kepada kanak-kanak berumur 6-12 tahun," katanya.
Selain itu, beliau berkata, syarikat vaksin Pfizer BioNTech telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin itu kini selamat digunakan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Sementara itu, Pakar Mikrobiologi Klinikal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak bukan satu keputusan yang mudah.
Menurutnya, sekiranya ujian klinikal telah dilakukan dan disahkan selamat dan berkesan kepada kanak-kanak di luar negara, laporan ujian tersebut perlu dikaji oleh pakar di peringkat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Pensyarah Kanan Klinikal dan Pakar Perunding Imunologi Kanak-Kanak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Dr Adli Ali berkata, data yang mencukupi akan menambah keyakinan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka divaksin. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.

Perak tumpu vaksin 10,000 pelajar sekolah agama
Pelajar-pelajar dari 39 buah sekolah tahfiz yang tidak berdaftar di Perak juga akan dilibatkan dalam program vaksinasi COVID-19.

COVID-19: PICK remaja langkah tepat, bersesuaian dengan trend jangkitan - Pakar
Usaha kerajaan dalam pemberian vaksin terhadap golongan remaja merupakan satu langkah yang tepat apabila melihat kepada trend jangkitan melibatkan golongan itu.

PICK Remaja sasar 3.2 juta remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja menyasarkan sejumlah 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini bakal menerima suntikan vaksin COVID-19.

Vaksinasi Remaja: Program PICK Remaja dapat sambutan menggalakkan
Rata-rata yang hadir meluahkan rasa teruja selepas menerima vaksin berkenaan.

PICK Remaja: KPM tunggu dan lihat kes ibu bapa tak benarkan anak divaksin - Radzi
Masih terlalu awal untuk Kementerian membuat sebarang ketetapan, memandangkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK Remaja) baru saja bermula 8 September lepas.

PICK Remaja: 85,076 divaksinasi, tiada kesan sampingan serius - Khairy
KKM mensasarkan 3.2 juta rakyat Malaysia dalam lingkungan 12-17 tahun untuk terlibat dalam PICK Remaja.

PICK Remaja: KKM sasar 80 peratus dos lengkap menjelang Jan 2022
Pengecualian hanya kepada remaja yang disahkan mempunyai sebab-sebab tertentu, seperti masalah kesihatan atau alahan terhadap vaksin.