KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 tidak hanya tertumpu di Dataran Putrajaya, bandar pentadbiran Malaysia, bahkan kehangatan dan kegembiraan meraikan hari bersejarah negara itu turut melimpah di pelbagai lokasi di seluruh negara.
Semangat patriotik dan rasa teruja dapat dilihat pada segenap lapisan masyarakat dari pelbagai ceruk tanah air apabila mereka beramai-ramai hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di peringkat negeri dan komuniti masing-masing, sejak awal pagi ini.
Penyertaan perbarisan daripada pelbagai kontinjen mewakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam acara sambutan Hari Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, secara tidak langsung menterjemah erti perpaduan sebagaimana tema "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", yang didukung Kerajaan Perpaduan.
Penglibatan rakyat pelbagai kaum dan agama tanpa mengira lapisan umur dan kemeriahan di setiap venue sambutan Hari Kebangsaan 2023 di seluruh negara begitu ceria dan meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di sana sini.
Meskipun acara sambutan utama berlangsung di Dataran Putrajaya, lebih 300 penduduk di sekitar Kampung Nakhoda di Batu Caves dekat sini menyertai acara perbarisan dan perarakan, serta konvoi kenderaan bermotor sejauh satu kilometer mengelilingi Masjid Jamek Kampung Nakhoda sempena Hari Kebangsaan 2023 menerusi Program Patriotik Kemerdekaan.
Nazir Masjid Jamek Kampung Nakhoda Mohd Azmi Md Eusoff berkata program julung kali diadakan itu bertujuan menyemai semangat patriotik dalam kalangan penduduk terutama golongan muda selain mengeratkan hubungan sesama komuniti.
Di MELAKA, sambutan Hari Kebangsaan mencipta keunikan tersendiri apabila sebanyak 12 bot dan dua jet ski daripada kontinjen Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyertai perarakan hari ini di Sungai Melaka, serentak dengan sambutan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.
Perarakan yang disertai kira-kira 300 peserta melibatkan kakitangan agensi tersebut serta 200 pesilat daripada Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka itu mengenakan pakaian persilatan Melayu, pakaian kebangsaan bertemakan patriotik.
Perarakan Hari Kebangsaan di Melaka hari ini disertai hampir 10,000 peserta menerusi 179 kontinjen dengan 773 aset pasukan beruniform dan kenderaan jabatan serta agensi kerajaan serta swasta.
Di KEDAH, lebih 20,000 orang yang hadir di Dataran Medan Bandar, Alor Setar seawal 7 pagi tidak berganjak untuk menyaksikan istiadat perbarisan dan perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan yang sepatutnya bermula pada 9 pagi namun ditangguhkan kira-kira 20 minit berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi.
Sambutan bermula sebaik keberangkatan tiba Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff pada pukul 9.20 pagi diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sebanyak 115 kontinjen melibatkan lebih 3,700 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan NGO menyertai perarakan dan perbarisan berkenaan.
Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri yang berlangsung di perkarangan Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di Kuantan.
Pengisian Hari Kebangsaan dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bacaan ikrar, disusuli persembahan koir dan sketsa serta perbarisan kehormat 106 kontinjen melibatkan 4,489 peserta dan 809 kenderaan sebelum acara penutup sambutan diserikan dengan lintasan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Di PULAU PINANG, lebih 10,000 orang membanjiri perkarangan Stadium Batu Kawan bermula 7 pagi bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 Negeri Pulau Pinang dengan sebanyak 92 penyertaan kontinjen kawad kaki daripada pelbagai jabatan, agensi negeri dan persekutuan serta swasta melibatkan 5,529 peserta.
Para hadirin turut teruja menyaksikan persembahan khas demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS) dari Anggota Divisyen Ke-2 Infantri Malaysia yang terdiri daripada 116 anggota lain-lain pangkat dan merupakan gabungan elemen taekwando dan juga 'Gempur Wira'.
Di NEGERI SEMBILAN, lebih 20,000 pengunjung, ada antaranya berpakaian batik bertemakan Jalur Gemilang, daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri pekarangan dataran Majlis Bandaraya Seremban di sini seawal pukul 5.30 pagi.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud turut berkenan berangkat pada majlis sambutan pada kira-kira pukul 8.30 pagi yang memperlihatkan sebanyak 84 kontinjen dengan 5,000 peserta perbarisan menyertai perarakan sambutan.
Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda berdua Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh yang turut dimeriahkan kira-kira 25,000 pengunjung dan 91 kontinjen melibatkan seramai 4,855 peserta.
Di SABAH, sebanyak 140 kontinjen menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu melibatkan 112 kontinjen dengan kira-kira 1,000 peserta, manakala perarakan kenderaan pula melibatkan 28 kontinjen dengan kira-kira 300 kenderaan.
Upacara kawalan kehormat utama disertai tiga pegawai dan 110 anggota dari Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja, Sandakan manakala upacara menaikkan Jalur Gemilang disempurnakan lapan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Di TERENGGANU Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua'az berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Shahbandar, di Kuala Terengganu.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama pimpinan negeri yang lain yang dimeriahkan dengan penyertaan perbarisan dan perarakan sebanyak 3,949 peserta daripada 109 kontinjen yang mewakil pelbagai agensi dan institusi.
Di JOHOR, sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri yang julung kalinya diadakan di Simpang Renggam, Kluang dihadiri lebih 5,000 pengunjung yang mula membanjiri lokasi sambutan seawal pukul 6.30 pagi bagi menyaksikan perarakan 118 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, sekolah dan institusi pendidikan tinggi dan pelbagai kenderaan.
Sambutan berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menerima lintas hormat perarakan yang didahului oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor diumumkan juara keseluruhan perbarisan dan perarakan sambutan itu.
Di PERLIS, konvoi berbasikal dan motosikal sejauh 10 kilometer yang disertai 100 orang bermula dari Kampung Wang Kelian ke pintu sempadan Malaysia -Thailand iaitu Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian menghiasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) menyaksikan lintas hormat perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Johor di Jalan Johor Bahru-Simpang Renggam hari ini. - Foto Bernama
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan tarian 'Cuci Rasuah' yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, sebagai yang terbaik.
Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Peluang menyertai persembahan Hari Kebangsaan 2024 menjadi pengalaman istimewa buat pelajar tingkatan empat Ong Zhen Ming walaupun perlu berlatih selama lima minggu.
Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.
Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.