KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, berkata keterangan daripada lelaki berusia 50 tahun itu diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.54 tengah hari tadi.
"Sebelum itu, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan satu dron secara 'force landing' iaitu balik ke tempat asal dron itu dinaikkan di tepi jalan berhampiran sebuah restoran di Bulatan Dato Onn pada jam 9.30 pagi.
"Keterangan daripada lelaki itu sudah diambil dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)," katanya kepada Bernama.
Noor Dellhan berkata laporan tersebut diklasifikasikan sebagai merujuk kepada agensi lain (ROA) iaitu pihak CAAM untuk siasatan di bawah Peraturan 143 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Sebelum ini, CAAM menasihatkan orang ramai untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan penerbangan formasi rendah pada sambutan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022

Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan satu dron secara 'force landing'. - Gambar fail/ PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bahagia Kita: Kisah pengembaraan Haikal mencari erti sebenar kemerdekaan
Celcom menampilkan sebuah filem pendek yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini

Agong zahir penghargaan kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Yang di-Pertuan Agong zahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan, peserta dan penganjur atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik!
Kemerdekaan bukanlah menggantikan satu set elit pemerintah yang kebal di sisi undang-undang dengan satu set elit pemerintah yang lain yang juga kebal di sisi undang-undang.

Hubungan Indonesia, Malaysia tetap kuat - Sri Mulyani
Keakraban sejak 1957 itu telah menghasilkan banyak manfaat dan saling membantu demi kepentingan bersama.

Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.

Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM
Keluarga Malaysia perlu terus kekal bersatu padu dan mempertahankan keharmonian dalam semua aspek sebagai rencah utama kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu.

Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak
Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) muncul johan kawad kategori jabatan kerajaan sempena perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Perak.

Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.

Pandemik COVID-19 mengajar hargai erti kebebasan, kemerdekaan - MB Perak
Perang menghadapi pandemik COVID-19 lebih dua tahun telah memberi keinsafan kepada semua pihak untuk lebih mendalami erti sebuah kemerdekaan.