KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bakal disambut hujung bulan ini, akan menggunakan teknologi tinggi bersesuaian dengan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, susulan pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid berkata, sambutan tersebut adalah berkonsepkan 'Mix Reality' iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) dan juga XR (Extended Reality), yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.
"Dengan teknologi yang digunakan, penonton akan mendapat gambaran seperti menonton persembahan dari tempat kejadian.
"Kami galakkan orang ramai untuk duduk di rumah dan menonton sambutan Hari Kebangsaan secara maya, yang disiarkan di semua stesen televisyen tempatan dan Facebook Live melalui Facebook Live Merdeka360 dan Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM pada Rabu.
Mohd Sukari juga berkata, sambutan Hari Kebangsaan akan diteruskan meskipun negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, kerana hari tersebut merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia.
"Faktor keselamatan sentiasa dititik beratkan, kita pastikan mereka yang terlibat sudah lengkap menerima dua dos vaksin dan patuh kepada SOP, selain sentiasa mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Selain itu, Mohd Sukari berkata tema 'Malaysia Prihatin', dipilih sekali lagi sama seperti tahun lepas, kerana Malaysia masih dalam perjuangan memerdekakan diri dari pandemik COVID-19.
"Malaysia Prihatin membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Mohd Sukari turut menyeru orang ramai untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan masing-masing, selain menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan.
Maklumat lanjut mengenai program dan pertandingan yang dianjurkan boleh dilayari di Portal Merdeka360 iaitu www.merdeka360.my.
--BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021

Seperti tahun lepas, tema 'Malaysia Prihatin' dipilih sekali lagi tahun ini kerana Malaysia masih dalam perjuangan memerdekakan diri dari pandemik COVID-19. --fotoBERNAMA/Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.

Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.

Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste

Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.

Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.