KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah meneruskan momentum dalam menguruskan ekonomi seiring dengan komitmen dan semangat untuk menjayakan pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) apabila merekodkan hasil kutipan negeri berjumlah RM6.973 bilion pada tahun lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata jumlah itu menyaksikan Sabah berjaya mencatat rekod cemerlang dalam aspek kutipan hasil negeri tertinggi dalam sejarah selama tiga tahun berturut-turut, merekodkan hasil kutipan negeri berjumlah RM6.960 bilion pada 2022 dan RM5.449 bilion pada 2021.
"Kejayaan itu pasti didorong oleh kerja keras para penjawat awam yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Syabas kepada mereka yang sentiasa bekerja keras dan terima kasih kerana komitmen anda semua kerana menghasilkan kejayaan berterusan ini," katanya.
Hajiji berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan 2024 di sini hari ini.
Selain memperoleh hasil negeri tinggi, Sabah juga berjaya mencatat peningkatan pelaburan kumulatif berjumlah lebih RM33 bilion selain daripada rekod dagangan antara tertinggi dalam sejarah RM118.1 bilion pada 2022.
Beliau juga opitimis Sabah mampu mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi sekitar empat peratus pada tahun 2024 dengan beberapa pencapaian dan prestasi ekonomi negeri yang positif dan semakin pulih,
Selepas hampir tiga tahun pelaksanaan Hala Tuju SMJ, aspirasi itu membawa Sabah ke landasan tepat untuk terus maju dan membangun menerusi petunjuk ekonomi yang memperlihatkan kejayaan serta mencerminkan kewibawaan dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negeri.
Sementara itu, mengulas mengenai pembangunan industri minyak dan gas negeri itu, Hajiji berkata kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri pada 7 Disember 2021 iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd, kini dikenali sebagai SMJ Energy Sdn Bhd.
Setakat Disember tahun lepas, syarikat itu mempunyai lebih RM5 bilion aset, katanya.
Hajiji berkata SMJ Energy mempunyai pemerolehan aset pengeluar minyak dan gas yang menguntungkan dengan aliran tunai kukuh melalui 50 peratus faedah penyertaan dalam Samarang Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC).
Syarikat berkenaan merekodkan penyertaan 25 peratus dalam loji petrokimia menerusi Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR) di Sipitang; dan 10 peratus pegangan pemilikan dalam LNG9 dikendalikan dalam Kompleks LNG Bintulu selepas pemerolehan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) pada November tahun lepas.
"Selain itu, kita (kerajaan negeri Sabah) turut memperoleh pegangan sebanyak 25 peratus dalam pembinaan kemudahan gas asli cecair terapung dikenali sebagai ZLNG di SOGIP, Sipitang.
"SMJ Energy telah berjaya menjual hasil minyak mentah sebanyak tiga kali iaitu pada Ogos 2023, Oktober 2023 dan Januari 2024 melalui 50 peratus kepentingannya di Samarang PSC kepada syarikat minyak antarabangsa dengan pendapatan kasar gabungan berjumlah kira-kira RM371 juta.
"Apa yang pasti, Insya-Allah, kita akan meneruskan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kepentingan penyertaan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan bersama Ketua Menteri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.

Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah
Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu.

Sabah kutip hasil RM6.973 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan negeri Sabah merekodkan hasil kutipan negeri berjumlah RM6.973 bilion pada tahun lepas.
![[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah [KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704248083_TBbekalanelektrik.jpg)
[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Hari ini DUN akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.

Plat kenderaan 'isteri PM' bukan permintaan Wan Azizah
Sudah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan itu kepada tetamu VIP semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

Pentadbiran Hajiji lengkap hari ini
23 individu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin, termasuk Speaker DUN Datuk Kadzim M Yahya.

Tubuh RCI dedah isu kad pengenalan - UPKO
RCI perlu ditubuhkan untuk sahkan pendedahan yang dibuat bekas tahanan ISA, Jabar Khan Napi.

Kerajaan negeri Sabah baharu perlu wujudkan platform e-dagang
Naib Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) Idzrul Azraai Mohd. Idrus berkata ia bagi membangunkan ekonomi negeri selain menjana pendapatan usahawan di situ.

Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac
Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.

Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan kepada petugas di pintu masuk negeri
Wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.