KOTA KINABALU: Gambar yang tular di media sosial melibatkan plat kenderaan isteri Perdana Menteri bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, sebaliknya sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.
"Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.
"Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.
"Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu.
"Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah," katanya.
Sebelum itu, tular video dan gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan Isteri YAB Perdana Menteri dan mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengampu Perdana Menteri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023

Tular gambar plat kenderaan yang membawa isteri Perdana Menteri memaparkan plat Isteri YAB Perdana Menteri di media sosial. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya
Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan terus dilaksanakan secara total enforcement bagi mengekalkan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya di ibu negara.

Plat kenderaan 'isteri PM' bukan permintaan Wan Azizah
Sudah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan itu kepada tetamu VIP semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

Penggunaan plat OKU wajar, mudahkan penguatkuasaan fasiliti OKU - Ras Adiba
Senator Ras Adiba Radzi menyambut baik cadangan plat kenderaan OKU bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan.

Plat kenderaan OKU ganti pelekat OKU - Kementerian
Plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) akan digunakan bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan OKU.

Plat Perak 'AKU' dapat sambutan orang ramai
Seorang penghantar barangan 'runner' bergegas membawa 73 borang tender yang dikirim pelbagai pihak daripada Selangor untuk mendapatkan plat pendaftaran kenderaan negeri Perak 'AKU' di sini.