KUALA LUMPUR:Cadangan penggunaan plat kenderaan orang kelainan upaya (OKU) dilihat bertepatan dan wajar bagi memudahkan penguatkuasaan penyalahgunaan fasiliti OKU, kata Senator Ras Adiba Radzi.
Beliau berkata, langkah itu secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan OKU, terutamanya lot parkir.
"Saya mewakili golongan OKU menyambut baik cadangan plat kenderaan OKU bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan OKU kerana di sini kita boleh melakukan penguatkuasaan terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan OKU terutama parkir OKU.
''Plat kenderaan ini akan diletakkan simbol 'wheelchair' (kerusi roda) berwarna biru iaitu warna standard yang digunakan (OKU) di seluruh negara,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata penggunaan plat itu turut akan membantu penjaga dan waris OKU mengatasi kekangan pergerakan terutamanya ketika mereka berada di kawasan awam.
Beliau turut menyeru pemilik premis dan bangunan agar menyediakan kemudahan mesra OKU di premis masing-masing.
Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilaporkan bersetuju penggunaan plat kenderaan OKU itu dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan OKU serta waris yang memerlukan kemudahan tersebut disebabkan oleh kekangan mobiliti dan faktor keselamatan.
Menurut kementerian itu, kategori OKU yang layak bagi penggunaan plat kenderaan terbabit ialah kategori fizikal, subkategori OKU pembelajaran iaitu 'Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) Akut', autisme akut, OKU kategori pelbagai dan waris OKU berkenaan (satu waris) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengenai pendekatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang akan memberikan fokus kepada OKU termasuk cadangan mewujudkan siaran televisyen khusus untuk golongan itu, Ras Adiba menyifatkannya sebagai platform terbaik dalam memberi informasi kepada OKU.
''Saya juga mahu grafik-grafik yang disiarkan seperti di televisyen supaya tidak terlalu padat informasinya kerana perkara ini akan menimbulkan kekusutan kepada OKU untuk membaca,'' katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Dec 22 2020

Senator Ras Adiba Radzi menyambut baik cadangan plat kenderaan OKU bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.

OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".

Wong Chun Wai pengerusi baharu Bernama
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini.

'Ras Adiba pernah bisik minta TPM sambung dua jawatan' - Nurulhidayah
Nurulhidayah mendakwa Ras Adiba pernah meminta bantuannya untuk menyambung kontrak sebagai Senator di Dewan Negara dan Pengerusi Bernama.

PRN: Ras Adiba sedia bertanding andai dicalonkan
Sekiranya tidak dicalonkan, Ras Adiba ikrar akan sokong dan berkempen untuk rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional.

Selepas Tun Faisal, kini Ras Adiba Radzi pula sertai Bersatu
Selepas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan menyertai Bersatu, Datuk Ras Adiba Radzi pula kini sah mengambil langkah sama.

'Sampai orang kata saya tak betul' - Ras Adiba masih tunggu kepulangan Zalina
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.

Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.

Ras Adiba antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023
Acara Anugerah Wanita Berani Antarabangsa bagi 2023 dijadual berlangsung di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat pada Rabu.

Menu Rahmah: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar cetus salah faham, hina OKU - Ras Adiba
Ras Adiba berkata, kenyataan itu boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti OKU di Malaysia.