Seorang penghantar barangan 'runner' bergegas membawa 73 borang tender yang dikirim pelbagai pihak daripada Selangor untuk mendapatkan plat pendaftaran kenderaan negeri Perak 'AKU' di sini.
Ahmad Saufi Abdul Rahman, 35, berkata untuk itu beliau terpaksa bertolak daripada Shah Alam malam tadi dan tiba di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.
"Waktu terakhir saya mengambil kiriman tender ini ialah pukul 4 petang semalam. Ia dikirim oleh orang-orang kenamaan dan ahli perniagaan termasuk yang bergelar Datuk," katanya yang sudah empat tahun menjadi runner kepada Bernama di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini hari ini.
Beliau turut berkata antara nombor plat yang menjadi pilihan ialah AKU 8055, AKU 1305 dan AKU 805 dengan bidaan serendah RM350 dan paling tinggi RM30,000.
Bidaan berakhir tengah hari tadi sejak dibuka 3 Julai lalu.
Seorang pembida iaitu selebriti laman Instagram, Sophia Khan, 24, berkata ia merupakan kali pertama beliau mencuba nasib untuk membida nombor plat AKU 50 yang melambangkan namanya iaitu AKU SO.Beliau yang mendakwa mempunyai pengikut 37,000 di Instagramnya mengaku membuat bidaan yang mencecah ribuan ringgit.
"Saya berharap nombor itu menjadi milik saya," katanya yang tiba di hadapan peti tender kira-kira 30 minit sebelum bidaan ditutup.Sementara itu Ketua Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan JPJ Perak, Ridzuan Rayman berkata penjualan nombor plat AKU sangat mendapat sambutan orang ramai.
"Bidaan kali ini lebih tiga hingga empat kali ganda. Mungkin lebih 5,000 bidaan dan kami terpaksa membuka lebih banyak kaunter disebabkan ramai yang datang berpusu-pusu pada saat-saat akhir," katanya.
Beliau berkata pengumuman keputusan bidaan mungkin mengambil masa memandangkan plat kenderaan semasa iaitu AKT baru mencecah nombor siri 3000 daripada nombor 9999 yang ada.
"Selepas bidaan tender ditutup, tujuh orang Jawatankuasa Pembuka Tender dari cawangan atau bahagian JPJ di seluruh Perak akan mengambil masa seminggu untuk membuka sampul kesemua bidaan.
"Selepas itu kita akan buat mesyuarat dan lihat secara teliti satu persatu sama ada bidaan yang dibuat mencukupi syarat atau tidak. Borang perlu lengkap dan deposit kena cukup, kurang 50 sen pun kita akan tolak," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

Antara nombor plat yang menjadi pilihan ialah AKU 8055, AKU 1305 dan AKU 805 dengan bidaan serendah RM350 dan paling tinggi RM30,000. - Astro AWANI

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Plat Perak 'AKU' dapat sambutan orang ramai
Seorang penghantar barangan 'runner' bergegas membawa 73 borang tender yang dikirim pelbagai pihak daripada Selangor untuk mendapatkan plat pendaftaran kenderaan negeri Perak 'AKU' di sini.