Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengesahkan pendedahan yang dibuat seorang bekas tahanan ISA, Jabar Khan Napi sebelum ini.
Presiden United Progressive Kinabalu Organisation UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mendesak kerajaan agar segera menubuhkan suruhanjaya tersebut bagi merungkai persoalan yang didedahkan dalam laporan pendengaran awam oleh Jabar Khan.
Madius berkata, dalam pendengaran awam di bawah Jawatankuasa Pendengaran Khas Parlimen, Jabar mendakwa terdapat hampir 400,000 pendatang asing telah diberikan kerakyatan.
"ini bukan baharu, Dr Chong Eng Leong seorang aktivis yang banyak membuat kajian tentang masalah pendatang asing di negeri Sabah juga memperkatakan tentang perkara ini.
"Dan dalam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin, Dr Chong Eng Leong datang , Jabar Khan datang, menyatakan kebenaran ini.
"Oleh itu pada hari ini setelah dikaji 'Handsad' di Parlimen, UPKO meminta kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kebenaran kesemua dakwaan yang dibuat oleh Jabar Khan Napi.
"Biarlah terbongkar segala kebenarannya sebab dakwaan mereka itu terlalu berat bagi orang Sabah sebab dia mendakwa seramai 400,000 orang asing telah diberikan kad pengenalan biru dan seterusnya disenaraikan didalam senarai pengundi.
"Lagi berat dia sudah senaraikan kawasan-kawasan di mana pengundi-pengundi orang asing ini akan mengundi. Ini bagi kita satu pengkhianatan, pengkhianatan kepada negara kita, ia bertentangan dengan undang-undang sebab itu kita tuntut tubuhkanlah Suruhanjaya Siasatan Diraja," Katanya yang ditemui selepas merasmikan majlis perjumpaan bersama jentera pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, Keningau pada Selasa.
Menurut Madius, sebelum ini ada pihak telah menuduh pentadbiran kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai melindungi pendatang asing.
"Tuduhan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ini tiada bukti, ini kerajaan Sabah, mana ada kuasa untuk bagi kad pengenalan, itu dari Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri, Persekutuan.
"Dengan pendedahan itu nanti saya harap segala tohmahan dan fitnah akan lenyap dari pemikiran rakyat Sabah," tegas beliau lagi.
Jabar Khan merupakan bekas ahli UMNO yang diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas bagi isu warga asing di Sabah yang ditubuhkan pada awal 1990-an.
Beliau pernah dipenjarakan atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 pada pertengahan tahun 1990-an.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Sep 01 2020

Wilfred Madius Tangau desak kerajaan agar segera menubuhkan suruhanjaya tersebut bagi merungkai persoalan yang didedahkan dalam laporan pendengaran awam oleh Jabar Khan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tubuh RCI dedah isu kad pengenalan - UPKO
RCI perlu ditubuhkan untuk sahkan pendedahan yang dibuat bekas tahanan ISA, Jabar Khan Napi.