KOTA KINABALU:Majlis angkat sumpah jawatan menteri, pembantu menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah lantikan berlangsung di Istana Negeri pagi ini.
Seramai 30 individu mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada majlis yang berlangsung jam 10 pagi ini
Mereka termasuk Datuk Kadzim M Yahya yang dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Sabah.
Susulan penularan wabak COVID-19 di negeri ini, upacara angkat sumpah dimaklumkan akan dilakukan secara 'ekspres' tanpa melibatkan kehadiran tetamu-tetamu undangan.
Dengan termeterainya angkat sumpah jawatan tersebut, pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kini lengkap.
BACA: Hajiji pengerusikan mesyuarat Kabinet Sabah pertama
BACA: Bung Moktar, Masidi tukar portfolio - Hajiji
Pada 29 September lalu, Hajiji mengangkat sumpah jawatan tersebut diikuti barisan timbalan-timbalan ketua menteri dan menteri-menteri kanan.
Berikut senarai anggota kabinet negeri Sabah yang mengangkat sumpah hari ini:
SPEAKER
Datuk Kadzim M Yahya
AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI
1) Datuk Aripin Mohd Arif: Menteri Tugas-Tugas Khas
2) Datuk Jafry Ariffin: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
3) Ir Shahelmy Yahya: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
4) Datuk Yakubah Khan: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
5) Datuk Ellron Angin: Menteri Belia dan Sukan
PEMBANTU-PEMBANTU MENTERI
1) Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
i. Datuk Abidin Madingkir
ii. Datuk Wetrom Bahanda
2) Pembantu Menteri Kewangan
i. Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan
ii. Jasni Daya
3) Pembantu Menteri Kerja Raya
i. Datuk Limus Jury
ii. Robert Tawik @ Nordin
4) Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan
i. Datuk James Ratib
ii. Hendrus Anding
5) Pembantu Menteri Pembangunan Industri
i. Tamin @ Tamin Zainal
6) Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II
i. Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih
ii. Mohamad Hamsan Awang Supian
7) Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
i. Samad Jambri @ Jamri
ii. Harun Durabi
8) Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
i. Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai
9) Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
i. Datuk Julita Mojungki
ii. Flovia Ng
10) Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
i. Datuk Ruddy Awah
11) Pembantu Menteri Belia dan Sukan
i. Andi Muhammad Suryady Bandy
PENYERAHAN WATIKAH ADUN (DILANTIK)
1) Suhaimi Nasir
4) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
2) Raimie Unggi
5) Datuk Amisah Yassin
3) Jaffari Walliam
6) Dr Aliakbar Gulasan
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Oct 08 2020

Kenderaan wakil rakyat dilihat memasuki Istana Negeri untuk majlis mengangkat sumpah hari ini. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Pemimpin Arab ucap tahniah kepada Trump atas pelantikan sebagai Presiden AS
Pemimpin dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrain, Oman, Mesir, Jordan, dan Palestin, antara lain, menghantar mesej tahniah.

Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam mesejnya berjanji untuk bekerjasama dengan Trump dalam menghadapi "peluang dan cabaran yang mendatang."

Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung
Kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing dan dasar rasmi Kerajaan AS iktiraf hanya jantina lelaki dan perempuan.

Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.

Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.

Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga
Di sebalik pelbagai kontroversi termasuk dituduh melakukan rampasan kuasa, Maduro akhirnya kembali memimpin Venezuela.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.

Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.