Satu rang undang-undang berkonsepkan 'Good Samaritan Law' akan dibentangkan di Parlimen bagi melindungi penyumbang dan penerima program FoodBank, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada akhir tahun ini.
"Hotel-hotel enggan mendermakan makanan mereka kerana takut makanan yang diberi itu terjadi apa-apa kepada penerima. Jadi rang undang-undang itu penting untuk melindungi mereka," katanya dalam ucapan perasmian Yayasan Food Bank Malaysia dan Malam Apresiasi Bersama Penyumbang di sini pada Jumaat.
Beliau berkata bagi meluaskan program Foodbank Malaysia, Yayasan FoodBank Malaysia telah diperbadankan pada 7 Jan lepas.
"Yayasan ini akan menyelaraskan perkembangan dan perlaksanaan program ini di seluruh negara," katanya.
Wan Azizah berkata, sejak program Foodbank Malaysia dilancarkan pada 22 Dis tahun lepas, sebanyak 430 cawangan pasar raya telah bersetuju menyertai program ini.
"Sehingga Ogos lepas, sebanyak 311,189 isi rumah telah mendapat manfaat daripada program ini," katanya.
Beliau berkata awal tahun ini, Foodbank Siswa juga telah dilancarkan berikutan keputusan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi membantu siswazah di universiti awam.
Wan Azizah berkata melalui perjumpaan dengan 20 universiti awam, didapati 70 hingga 80 peratus pelajar universiti awam adalah daripada keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40).
"Sehingga hari ini, 13 universiti awam telah menyertai program "Foodbank Siswa" yang melibatkan 3,820 pelajar," katanya.
Beliau berkata di bawah program ini, pantri istimewa disediakan di setiap universiti bagi menyimpan dan mengagihkan makanan kering kepada pelajar universiti yang memerlukan.
"Untuk universiti awam yang mempunyai kemudahan dapur, lebihan makanan mentah boleh dimasak dan diedarkan kepada kumpulan pelajar sasar," katanya.
Turut hadir pada majlis malam ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
![RUU FoodBank lindungi penyumbang, penerima akan dibentang di Parlimen hujung tahun ini - TPM RUU FoodBank lindungi penyumbang, penerima akan dibentang di Parlimen hujung tahun ini - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568996668_WAWI.jpg)
Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Pelancaran Yayasan Food Bank Malaysia dan Malam Apresiasi Bersama Penyumbang di George Town, 20 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668475033_TBtanahruntuh.jpg)
Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.
![Bosch tawar kelengkapan rumah berinovasi, penuhi keperluan penggemar makanan Bosch tawar kelengkapan rumah berinovasi, penuhi keperluan penggemar makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653490959_TBBOSCH.jpg)
Bosch tawar kelengkapan rumah berinovasi, penuhi keperluan penggemar makanan
Jenama Jerman terkemuka itu mempamerkan rangkaian mesin dapur, pemproses makanan serta pengisar tangan yang dicipta bagi memenuhi keperluan gaya hidup penggemar makanan.
![Telangkupkan periuk atas dapur, petua elak nasi cepat basi Telangkupkan periuk atas dapur, petua elak nasi cepat basi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646265949_ElakNasiCepatBas.jpg)
Telangkupkan periuk atas dapur, petua elak nasi cepat basi
Dengan cara ini memang berkesan nasi boleh tahan lama dua hari dan tak basi.
![Tidak suka pink, suami nekad roboh dapur warna kegemaran isteri Tidak suka pink, suami nekad roboh dapur warna kegemaran isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636163392_suamirobohdapur.jpg)
Tidak suka pink, suami nekad roboh dapur warna kegemaran isteri
Seorang isteri terpaksa berputih mata apabila dapur rumahnya yang dicat serba merah jambu dirobohkan suaminya sendiri.
![RUU FoodBank lindungi penyumbang, penerima akan dibentang di Parlimen hujung tahun ini - TPM RUU FoodBank lindungi penyumbang, penerima akan dibentang di Parlimen hujung tahun ini - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568996668_WAWI.jpg)
RUU FoodBank lindungi penyumbang, penerima akan dibentang di Parlimen hujung tahun ini - TPM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada akhir tahun ini.
![Buaya 11 kaki pecah masuk rumah, musnahkan dapur Buaya 11 kaki pecah masuk rumah, musnahkan dapur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51559342741_BuayaRumah.jpg)
Buaya 11 kaki pecah masuk rumah, musnahkan dapur
Pihak polis dipanggil ke tempat kejadian untuk menangkap buaya itu dan wanita tersebut tidak mengalami kecederaan.
![Enam sekeluarga terselamat daripada ular tedung Enam sekeluarga terselamat daripada ular tedung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512707542_RUMAHMASUKULAR.jpg)
Enam sekeluarga terselamat daripada ular tedung
Enam ahli keluarganya terselamat daripada diancam serangan ular tedung cincin dalam kejadian di Kampung Sungai Damit, Membakut, petang semalam.