Kejadian difahamkan berlaku di Jakarta, Indonesia pada Isnin lepas.
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @olinn21 itu, suami wanita berkenaan dilihat merobohkan dapur rumah mereka kerana tidak menyukai warna kegemaran isterinya itu.
“Dia tidak suka kerana saya sukakan warna merah jambu,” demikian kenyataan ditulis si isteri pada video tersebut.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Nampaknya suaminya rajin ke dapur dan tidak mahu melihat warna merah jambu supaya dia ada ‘mood’ untuk memasak,” komen seorang netizen.
“Suami saya pula tidak kisah dapur berwarna apa pun kerana saya merupakan ratu di rumah,” komen netizen lain.
Video tersebut sudah ditonton lebih 570,000 kali dengan lebih 21,000 tanda suka.
Mingguan Wanita : Nampak kecil saja isu ini, namun ada cerita lain di sebalik video yang tidak semua ketahui. Bayangkan dapur yang sedia cantik dirobohkan begitu saja oleh sang suami. Semoga dapur pasangan ini kembaIi berasap.
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.