Perkara ini disambut beberapa pemain industri yang mengukuhkan pasaran dengan tawaran produk berinovasi dengan mengambil kira kesan ke atas alam sekitar.
Menyambut baik inisiatif teknologi hijau, BSH Home Appliances Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian peralatan penyediaan makanan Bosch.
Jenama Jerman terkemuka itu mempamerkan rangkaian mesin dapur, pemproses makanan serta pengisar tangan yang dicipta bagi memenuhi keperluan gaya hidup penggemar makanan.
"Kami teruja untuk mempamerkan Pusat Pengalaman Bosch yang baru diubah suai dan mengumumkan pelancaran rasmi rangkaian peralatan penyediaan makanan kami, ini termasuk rangkaian pemproses makanan dan mesin dapur.
"Aktiviti ekonomi telah diteruskan seperti biasa, kami menjangkakan pertumbuhan positif dalam industri kelengkapan rumah.
"Sebagai jenama peralatan rumah premium terkemuka, kami akan mengukuhkan pasaran dan terus membawa lebih banyak inovasi produk kepada rakyat Malaysia," kata Gary Te, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn Bhd.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Pusat Pengalaman Bosch yang baharu diubah suai di Galeri Beli-Belah Publika, pada Rabu.
Dengan teknologi ‘dicipta untuk seumur hidup’, Bosch memastikan produk, perkhidmatan dan pengeluaran mereka menyumbang kepada pembangunan yang mampan, merebut peluang untuk menambah baik produk bagi meningkatkan kualiti hidup.