TELANGKUPKAN periuk atas dapur rupanya petua orang dulu-dulu untuk elak nasi cepat basi.

Ramai yang dah cuba memang berkesan dan menjadi petua ini. Bukan apa, sayang nasi yang dimasak tapi mudah basi akhirnya buang begitu sahaja.

Video di akaun media sosial TikTok hajaribrahim110 ada kongsikan tip dan caranya.

1. Cuci periuk nasi dengan bersih.
2. Selepas dicuci telangkupkan atas dapur dan hidupkan api perlahan.
3. Biarkan dalam anggaran lebih kurang 5 minit atau sehingga air kering.




Siap! Boleh terus masak nasi macam biasa. Dengan cara ini memang berkesan nasi boleh tahan lama dua hari dan tak basi.

Jika takut terlupa letak atas dapur, boleh juga jemur periuk nasi di tempat panas seketika.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.